Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Ahli-ahli Waris Faraid

7 Dec 2017 | Pusaka

Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki seperti berikut:

  1.  Anak lelaki
  2.  Anak lelaki kepada anak lelaki
  3.  Bapa
  4.  Bapa kepada bapa
  5.  Saudara lelaki kandung
  6.  Saudara lelaki sebapa
  7.  Saudara lelaki seibu
  8.  Anak lelaki kepada saudara lelaki kandung
  9.  Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
  10. Saudara lelaki kandung kepada bapa
  11. Saudara lelaki sebapa kepada bapa
  12. Anak lelaki kepada saudara lelaki kandung kepada bapa
  13. Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa kepada bapa
  14. Suami
  15. Lelaki yang memerdekakan hambanya

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:

  1. Bapa
  2. Anak lelaki
  3. Suami

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:

  1.  Anak perempuan
  2.  Anak perempuan kepada anak lelaki
  3.  Ibu
  4.  Ibu kepada ibu
  5.  Ibu kepada bapa
  6.  Saudara perempuan kandung
  7.  Saudara perempuan seibu
  8.  Saudara perempuan sebapa
  9.  Isteri
  10. Perempuan yang memerdekakan hambanya

Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:

  1. Anak perempuan
  2. Anak perempuan kepada anak lelaki
  3. Ibu
  4. Saudara perempuan kandung
  5. Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:

  1. Bapa
  2. Ibu
  3. Anak lelaki
  4. Anak perempuan
  5. Suami atau isteri

Anak angkat, anak susuan dan anak tiri tidak akan menerima pembahagian harta pusaka secara faraid.

 

[pb_button src=”https://www.kausarwealth.com/pusaka/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]

0 Comments