Ahli Perniagaan

Dalam alam perniagaan, aset-aset yang dibeli oleh syarikat adalah milik syarikat. Aset-aset ini tidak boleh dihibahkan, namum pemilikan atau saham syarikat boleh dirancang untuk pewarisan.

Bagi mengelakkan pertelingkahan dan siapa yang akan memiliki ataupun menerajui syarikat ini supaya ada kelangsungan syarikat tersebut , maka pemilik syarikat memang sangat digalakkan untuk merancang pewarisan saham syarikatnya mengikut kaedah yang dianjurkan oleh Islam.

Kausar Wealth Management prihatin untuk membantu ahli perniagaan membuat perancangan sebaiknya kepada syarikat kepunyaan mereka dan memastikan penerusan peniagaan yang boleh diwarisi oleh ahli waris dan keturunannya.