Metro: 14/03/2016

"Syarikat mengambil masa selama 10 tahun membentuk modul latihan berkesan dan tepat berkaitan perwarisan harta pusaka Islam kerana ia amat mementingkan profesionalisme daripada aspek penyampaian maklumat telus dan tepat dalam kalangan perunding," katanya.

Beliau berkata, langkah terbabit penting kerana konsep perkhidmatan Wasiyyah Shoppe adalah penyediaan dokumen pewarisan harta berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan namun masih dalam ruang lingkup syarak dibenarkan.

"Kami berbangga kerana kerjaya sebagai Perunding Pewarisan Harta Pusaka Islam yang sudah dipelopori syarikat sejak 11 tahun lalu kini terbukti berpotensi dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada mereka yang terbabit dalam bidang ini," katanya.