Mengikut kiraan faraid, isteri akan mendapat salah satu dari 2 hasil pembahagian jika pasangan tidak mempunyai anak. 

Pertama, isteri akan mendapat 1/4 jika suami tidak mempunyai anak. 3/4 dari harta akan diwarisi oleh ibu dan ayah si suami, yang mana ayah si suami akan menghabiskan semua baki harta setelah ditolak bahagian isteri dan ibu si suami. Bagaimana pun, dalam kebanyakan situasi ayah si suami telah meninggal dunia, oleh itu baki harta akan diwarisi oleh saudara-saudara si suami. Jika tiada waris lain suami, harta akan menjadi milik Baitul Mal.

Kedua, isteri menerima 1/8 dari harta peninggalan suami jika suami meninggalkan anak, termasuk anak suami dengan isteri yang lain. Jika terdapat anak lelaki, maka dia akan menghabisi harta tersebut secara asabah sendirian atau bersama anak perempuan. Jika hanya anak perempuan sahaja, ia boleh mengambil 1/2 dari harta jika berkeseorangan atau 2/3 jika melebihi 1 orang, baki harta akan dihabiskan oleh waris lain atau Baitul Mal.

Jika si isteri pula meninggal dunia, mengikut hukum faraid, suami akan mendapat salah satu dari 2 hasil pembahagian.

Pertama, suami akan menerima 1/2 dari harta peninggalan isteri jika isteri tidak mempunyai anak. Baki harta akan diberikan kepada ibu dan ayah si isteri, yang mana ayah akan menghabiskan semua baki harta setelah ditolak bahagian suami dan ibu. Jika si isteri tidak lagi mempunyai ayah, baki harta akan difaraidkan kepada ahli waris si isteri, jika tiadak waris yang berhak, baki harta akan menjadi milik Baitul Mal.

Kedua, suami menerima 1/4 dari harta jika si isteri mempunyai anak, sama ada ia anak bersama suami semasa atau tidak. Jika anak lelaki, maka harta akan dihabisi olehnya secara asabah sendirian atau bersama saudara kandung perempuan. Jika hanya anak perempuan sahaja, ia boleh mengambil 1/2 dari harta jika berkeseorangan atau 2/3 jika melebihi 1 orang (aul), baki harta akan dihabiskan oleh waris lain atau Baitul Mal jika masih ada.

Anak kepada suami atau isteri perlu masih hidup pada ketika ibu atau ayah mereka meninggal dunia bagi membolehkan mereka mewarisi harta pusaka.

Kesimpulannya, dalam kebanyakkan situasi, bahagian yang diterima isteri adalah merupakan bahagian terkecil dan suami juga tidak menerima keseluruhan harta yang diwarisi dari pasangannya. Hal ini menimbulkan kesukaran terutama kepada pusaka berbentuk hartanah yang didiami oleh pasangan tersebut.  Kausar Wealth Management prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pasangan tanpa anak dan menyediakan solusi yang bersesuaian bagi membantu mereka dalam situasi ini.