Anak perempuan merupakan waris furud dan menerima salah satu dari beberapa bentuk pembahagian mengikut faraid.

Pertama, menerima harta secara asabah dengan anak lelaki, iaitu, setiap 2 bahagian diterima oleh anak lelaki, 1 bahagian akan diterima olehnya. Contoh, jika seorang bapa meninggal harta bernilai RM 300,000.00, dan warisnya seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Maka anak lelaki akan menerima RM  200,000.00, manakala anak perempuan menerima RM 100,000.00. Jika wujud lebih ramai waris dikalangan anak lelaki dan anak perempuan, maka setiap anak lelaki akan mewakili 2 bahagian dan anak perempuan mewakili 1 bahagian. Harta peninggalan tersebut perlu dibahagi dengan jumlah bahagian sebelum diberikan 2 bahagian kepada lelaki dan 1 bahagian kepada perempuan. 

Kedua, menerima 1/2 dari harta sekiranya ia berkeseorangan tanpa  tiada saudara kandung yang lain. Baki daripada harta akan dihabisi oleh datuknya, mika masih ada, jika datuknya tiada baki harta tersebut akan diwarisi oleh waris-waris jauh kepada ibu atau bapanya. Jika tiada sebarang waris lain, maka baki harta akan menjadi hak Baitul Mal.

Ketiga, menerima 2/3 bahagian jika terdapat lebih dari satu anak perempuan dan tiada anak lelaki. 2/3 dari harta ini perlu dibahagikan dengan bilangan anak perempuan yang ada dan setiap seorang akan menerima satu bahagian. Baki dari harta akan menjadi milik waris yang lain, atau Baitul Mal.

Isu yang timbul ialah dari segi pemilikan kediaman, atau harta lain yang mana ia turut diwarisi oleh ahli keluarga yang lain, yang mungkin tidak melaksanakan tugas mereka sebagai wali kepada anak perempuan ini. Apatah lagi, jika berlaku perselisihan dalam menuntut hak oleh ahli waris yang lain. Kausar Wealth Management prihatin tentang isu ini dan menyediakan solusi yang bersesuaian bagi membantu mereka dalam situasi ini.