Kausar Wealth Management Sdn. Bhd. bekerja-sama dengan Wasiyyah Shoppe Berhad menawarkan kepada individu yang berminat untuk bersama-sama membantu umat islam dalam merancang dan mengurus harta pusaka mengikut hukum Syarak sebagai Da'i Profesional Mawarith Wasiyyah Shoppe Berhad.

Sepanjang 14 tahun beroperasi Wasiyyah Shoppe Berhad telah berjaya membentuk da'i profesional dalam industri perancangan harta pusaka Islam di Malaysia yang bukan sahaja membantu umat Islam dalam konteks harta pusaka malah menawarkan memperolehi pendapatan lumayan kepada da'i-da'i professional mereka.

Da'i-da'i mawarith akan:

  • Menerima latihan intensif melalui 12 modul latihan yang akan membantu mereka mengetahui ilmu Faraid, iaitu ilmu pewarisan harta Islam dan ilmu berkaitan proses perundangan tuntutan harta pusaka orang Islam mengikut undang-undang Sivil dan Syariah.
  • Menerima latihan intensif strategi pemasaran yang berkesan dan telah terbukti berjaya melahirkan da'i yang mampu mendapat pendapatan yang lumayan.
  • Merasa puas dengan kerjaya kerana bukan sahaja kerana mendapat pendapatan yang lumayan malah lebih besar dari itu, Inshaa Allah akan mendapat pahala membantu umat Islam merancang harta pusaka mereka mengikut kaedah Syarak yang seterusnya mencegah harta pusaka mereka dari bermasalah dan menyuburkan kembali ilmu Faraid yang hampir luput

Kausar Wealth Management Sdn. Bhd. merupakan entiti yang didokong oleh mereka-mereka yang berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan dan pemasaran, malah telah lama berkecimpung dalam bidang pewarisan dan pengurusan harta umat Islam di Malaysia.

Kausar Wealth Management Sdn. Bhd. akan membantu dan melatih para da'i yang bersama dengan mereka melalui teknik pemasaran unggul, penyediaan skrip dan latihan simulasi menghadapi pelanggan dan menyediakan prosedur operasi standar dan utiliti-utiliti khusus, termasuk perisian-perisian komputer yang direka khas untuk membantu para da'i semasa di lapangan.

Kausar Wealth Management Sdn. Bhd. juga sering kali membawa ikon-ikon yang hebat dalam bidang-bidang berkaitan bagi membolehkan da'i-da-i di bawah naungan mereka mendapat ilmu sebaiknya terus dari sumber.