F.A.S.T Kausar Wealth  merupakan sistem pakar (expert-system) yang dapat membantu perunding-perunding dalam memberikan perkhidmatan mereka kepada pelanggan. F.A.S.T merupakan asimilasi kepada pengetahuan dan belasan tahun pengalaman dari pakar-pakar dalam pengurusan kewangan di Kausar Wealth Management kepada para perunding mereka. Ini membolehkan keputusan kepada sesuatu masalah dapat dilakukan denga mudah oleh para perunding.
F.A.S.T  merupakan satu aplikasi kompleks dan mampu mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengguna, memberi cadangan selesaian yang sesuai kepada masalah tersebut, membuat simulasi kedudukan kewangan, kos faedah, penjanaan laporan dan penyediaan dokumen-dokumen perlu.

Ciri-ciri utama F.A.S.T, yang juga merupakan objektif kepada pembangunannya ialah:

Penjimatan Masa
F.A.S.T  dilengkapi dengan maklumat-maklumat pangkalan data kepada setiap produk dan membuat pra-analisis kepada masalah dan kedudukan kewangan pelanggan berdasarkan penilaian yang diterbitkan dari pengetahuan dan pengalaman pakar-pakar kewangan. Fasa pra-analisis ini bertujuan untuk memberikan produk yang terbaik kepada pengguna dengan pengimbangan kepada kos yang perlu ditanggung mereka.
Kaedah manual sebelum ini yang mengambil masa yang lama untuk melakukan pengiraan dan membuat bandingan selesaian, tetapi dengan F.A.S.T, pengiraan boleh dilakukan pada masa nyata dengan beberapa klik sahaja.
Tempoh penjanaan laporan dan dokumen cadangan juga boleh disingkatkan dari beberapa hari kepada beberapa minit sahaja.


Pengurangan Ralat
Berbading dengan kaedah manual, para perunding dapat mengurangkan ralat dengan menggunakan F.A.S.T. Perunding tidak lagi perlu membuat kemasukan maklumat secara berulangan seperti yang perlu dilakukan dalam pengisian borang manual. Malah, pengiraan kepada selesaian pilihan pelanggan juga dilakukan secara automatik tanpa perunding perlu membuat semakan manual kepada katalog produk.
Para perunding juga tidak perlu lagi membuat penaipan yang berulang dan banyak. Draf dokumen akhir akan dijana berdasarkan kepada pilihan keputusan soal selidik objektif pelanggan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan, yang telah dimasukkan sebelumnya.


Pembelajaran Berterusan
F.A.S.T  bukan hanya bertujuan untuk membantu perunding malah mengalakkan mereka untuk melakukan pembelajaran sepanjang masa dengan cara menghubungkan perunding terus dengan portal Kausar Learning Center (KLC). Ini membolehkan kandungan F.A.S.T  dikemaskini sentiasa dan menyediakan para perunding dengan maklumat-maklumat perlu apabila berhadapan dengan pelanggan dengan carian mudah.

Mudah Guna
F.A.S.T dibangunkan dengan mengambil kira latar belakang perunding yang pelbagai. Tidak semua perunding mempunyai tahap pengetahuan yang sama, tambahan pula perunding perlu mempunyai ilmu berkaitan dengan pengiraan faraid, pewasiatan, pelaburan, disamping ilmu-ilmu berkaitan dengan interaksi antara pelanggan dan kemahiran penggunaan komputer secara am.
F.A.S.T dilengkapi dengan capaian mudah kepada modul dan rujukan dengan reka bentuk antaramuka yang  meminimumkan masa capaian dan dipiawaikan mengikut standard pembangunan aplikasi bagi mengurangkan lengkok pembelajaran yang perlu dilalui oleh para perunding.


Meningkatkan Keyakinan
Penjimatan masa, pengurangan ralat, pembelajaran berterusan dan juga sifat mudah guna memberikan keyakinan kepada para perunding apabila berhadapan dengan pelanggan.
Perunding tidak perlu lagi merasa gelisah apabila dihujani dengan pertanyaan dari pelanggan. Semua maklumat dan jawapan-jawapan perlu dibekalkan sehingga ke hujung jari mereka. Para perunding boleh memberikan lebih tumpuan kepada penasihatan mereka berbanding dengan menyelak nota dan katalong produk.
Pelanggan akan mempunyai keyakinan langsung kepada produk yang ditawarkan, terutama jika pemahaman mereka dibantu dan didorong dalam bentuk visual oleh perunding. Pelanggan bukan sahaja boleh membuat bandingan kepada produk malah boleh membantu mereka dalam membuat unjuran untuk setiap masalah yang mereka hadapi.


Analisis dan Penasihatan
Maklumat-maklumat yang terkandung dalam F.A.S.T boleh diselaraskan secara atas talian kepada pelayan utama Kausar Wealth Management. Analisis yang lebih detail akan dilakukan oleh para pakar dan berdasarkan setiap maklumat yang dibekalkan, satu bentuk penasihatan boleh diberikan oleh pakar-pakar berdasarkan kepada pesetujuan pelanggan. Bentuk-bentuk penasihatan boleh terdiri daripada kaedah pengurangan liabiliti, pelaburan dan pengurusan kewangan yang lebih efisyen.
Maklumat penasihatan kemudiannya akan dikemaskini sebagai satu himpunan pengetahuan baru kepada F.A.S.T..


Nilai Tambah
Selain dari nilai tambah penasihatan kewangan yang diberikan oleh pakar-pakar pengurusan kewangan Kausar Wealth Management, F.A.S.T turut memberi nilai tambah bagi mengekalkan hubungan antara pelanggan melalui sentuhan “peribadi”. Ini bakal memberikan rasa dihargai kepada pelanggan dan sekali gus boleh juga membantu mereka dan perunding kepada servis-servis tambah nilai yang lain.