Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

MENGAPAKAH PENTINGNYA HIBAH TERHADAP GOLONGAN YANG MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA?

19 Oct 2018 | Blog

Ibu dan bapa adalah orang ihsan yang paling berharga kerana itu syurga dibawah tapak kaki ibu. Keperitan ibu dan bapa membesarkan anak anak tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Sebagai seorang anak, haruslah berbuat baik kepada kedua ibu bapa kerana perkara ini dituntut dalam Islam seperti memberi sumbangan kepada ibu dan bapa dan membahagiakan mereka selagi hayat masih ada.

Ibu dan bapa adalah waris yang memang pasti mendapat bahagian faraid. Masalah timbul dari sudut keperluan dan pengurusan dimana kebiasaannya ibu dan bapa mempunyai rumah sendiri dan tidak mempunyai keperluan untuk hartanah akan tetapi lebih berkeperluan untuk harta alih seperti wang untuk kegunaan harian, kesihatan dan ibadah. Oleh itu, perancangan penting untuk membahagikan harta kepada ibu bapa mengikut keperluan. Walaupun mereka tidak meminta bahagian faraid pada pusaka harta tidak alih, keadaan akan menjadi rumit jika kematian mereka menyusul sebelum proses pengurusan belum diselesaikan. Proses ini boleh menjadi lebih rumit kerana bahagian ibu bapa beralih kepada adik beradik si suami sabagai waris ibu dan bapa mereka.

Keperluan merancang perlu untuk memastikan menepati keperluan dan mengelakkan faraid berlapis.

Antara cabaran yang dihadapi oleh golongan yang masih mempunyai ibu dan bapa:

  • Umur dan kesihatan ibu bapa untuk terlibat dalam menguruskan harta dan pusaka
    • Emosi ibu bapa yang tidak stabil boleh memberikan tekanan kepada menantu
    • Cabaran apabila ada kematian berlapis, bapa dan ibu yang dah uzur boleh meninggal selepas pemilik harta meninggal dunia
    • Hubungan ibu dan menantu mungkin renggang

Bahagian Bapa

Bapa yang berhak mendapat harta pusaka anak yang meninggal dunia mestilah bapa kandung kepada anak itu. Bapa kandung ialah bapa yang meletakkan benihnya dalam rahim ibu anak itu setelah ada ikatan pernikahan yang sah. Bapa luar nikah tidak boleh menjadi ahli waris anak luar nikahnya dan tidak ada hak atas hartanya.

Bapa mendapat harta pusaka melalui dua hukum:

  1. Bapa mendapat 1/6 harta pusaka jika simati ada anak lelaki atau simati ada cucu lelaki dari anak lelaki (dalam keadaan semua anak lelakinya telah meninggal dunia)
  2. Bapa akan 1/6 daripada harta pusaka dan juga ambil semua baki harta jika:
    • Si mati tidak ada anak lelaki (hanya ada anak perempuan).
    • Semua anak lelakinya telah meninggal dunia sebelum terjadi kematiannya.
    • Tiada cucu lelaki dari anak lelaki (dalam keadaan kesemua anak lelakinya telah meninggal dunia).

 

Bahagian ibu yang mendapat harta pusaka anaknya ialah yang berstatus ibu kandung.  Ibu kandung ialah ibu yang melahirkan anak dari rahimnya sendiri sama ada dalam nikah atau di luar nikah.

 

Ibu mendapat harta pusaka melalui tiga hukum:

  1. Ibu mendapat 1/6 harta pusaka anaknya jika si mati ada anak lelaki atau anak perempuan atau simati ada cucu lelaki atau cucu perempuan dari anak lelaki (dalam keadaan kesemua anak lelakinya telah meningal dunia), atau simati ada adik-beradik lebih daripa seorang).
  2. Ibu mendapat 1/3 harta pusaka jika simati tidak ada anak lelaki atau anak perempuan atau kesemua anaknya telah meninggal dunia atau simati tidak ada cucu lelaki atau cucu perempuan dari anak lelaki (dalam keadaan kesemua anaknya telah meningagl dunia), atau simati ada seorang sahaja adik-beradik.
  3. Ibu mendapat 1/3 daripada baki harta. Hukum ini berbeza dari hukum kedua diatas.  1/3 dari baki harta bermaksud bahagian ibu ini diambil dari baki harta yang telah dibahagikan.  Sedangkan hukum kedua adalah 1/3 harta diambil daripada harta asal yang belum dibahagikan.  Hukum ini hanya untuk ibu apabila ada masalah gharrawain.

 

#hibahbukantolakfaraid

#pusakapuaka

 

Rancang Kerana Sayang

 

03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *