Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Perunding Kewangan

22 Oct 2018 | Akhbar - Kausar, Popular

 

Harian Metro (Ayusliza Azizan, 4 Ogos 2015)

Shah Alam: Kausar Wealth Management Sdn Bhd (Kausar), syarikat yang terbabit dalam bidang perundingan dan nasihat kewangan menyasarkan 100,000 pelanggan baru dalam tempoh tiga tahun menerusi produk penyelesaian pengagihan kewangannya.

Antara produk ditawarkan syarikat menerusi perkhidmatan perancangan harta pusaka Wasiyyah Shoppe ialah Hibah, At-Tijarah (Pewarisan Saham Syarikat) dan Al-Mutahabbah (Amanah keluarga) bagi segmen pasaran premiumnya.

Pengarah Kausar, Khamarul Azhar Hashim berkata, bagi mencapai sasaran itu pihaknya turut menyasarkan 1,000 penyertaan perunding profesional mawarith baru diambil dalam tempoh sama.

“Kami membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada orang ramai serta profesional berlatar belakang kewangan Islam serta mereka yang terbabit dalam industri kewangan untuk menyertai pasukan kami membantu umat Islam yang tidak tahu bagaimana menguruskan harta pusaka mengikut konsep syariah.

“Kajian Wasiyyah Shoppe mendapati sejumlah 90 peratus daripada harta si mati yang terbeku kini berjumlah RM66.6 bilion menerusi statistik daripada Jabatan Kehakiman Malaysia (JKSM 2013) adalah harta milik orang Islam,” katanya pada majlis perasmian pejabat Kausar oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga Duta Wasiyyah Shoppe di PKNS Bizpoint, Seksyen 7, semalam.

Beliau berkata, syarikatnya menjadi penyedia perkhidmatan kewangan syariah menyeluruh yang memberi tumpuan utama kepada pengagihan, perlindungan dan pengumpulan kekayaan kepada masyarakat Islam di negara ini.

Matlamat utama menjadi penyedia penyelesaian kewangan Islam paling progresif di negara ini yang dianggotai perunding berkelayakan serta komited dengan menawarkan khidmat perundingan profesional.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button][pb_builder]

0 Comments