Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

PUSAKA ATAU PUAKA

11 May 2016 | Blog

 

Ceramah yang bertajuk “Harta Anda: Pusaka atau Puaka?” ini telah diberi oleh penceramah yang bertauliah daripada Wasiyyah Shoppe iaitu Tuan Haji Ariffin Sabirin yang telah berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

 

Hibah sepertimana yang dikenali pada hari ini bukanlah suatu yang asing dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.  Amalam menghibahkan harta khususnya kepada keluarga terdekat telah lama wujud walaupun tidak dilakukan secara bersistem seperti sekarang.  Antara kes terawal berkenaan hibah yang dilaporkan ialah Kiah V Som [1953] MLJ 82.  Dalam kes ini, defendan telah diberikan oleh datuknya sebuah rumah yang didirikan di atas tanah milik plaintif.  Mahkamah Tinggi dalam kes ini memutuskan bahawa pemberian yang dilakukan dihadapan saksi-saksi itu adalah sah.  Keputusan ini telah disahkan pula oleh Mahkamah Rayuan yang menegaskan bahwa perakra berkenaan hendaklah diputuskan mengikut undang-undang Islam.

 

Secara umumnya, fiqh Islam terdiri adripada dua bahagian utama iaitu ibadah dengan muamalat.  Hukum hakam dalam ibadaat adalah bersifat rijid dan tetap dalam erti kata muslim telah ditentukan cara dan bagaimana ia dilakukan.  Dalam hal ibadah ini, kaedah yang terpakai ialah, ‘asal kepada sesuatu madah itu adahalah haram, (sehingga dibuktikan ada dalil yang menunjukkan ianya disyariatkan )(Al-Suyuti.t.t).  Hal ehwal ibadah, adalah berbeza dengan muamalah.  Muamalah yang umumnya manusia ini lebih bersfiat terbuka berbanding hukum hakam dalam ibadah.  Dengan demikian, kaedah yang terpakai kepada hal muamalat ini ialah “asal keapda sesuatu itu adalah harus”.

 

Berdasarkan kepada perkara ini, asas yang perlu dipegang adalah hibah sebagai salah satu prinsip dalam muamalat Islam yang banyak itu tidak harus difahami dan diperlakukan seperti ibadah.  Dengan demikian, pelaksanaannya lebih terbuka kepada perubahan dan ijtihad, khususnya bagi menyesuaikan dengan keperluan semasa dan setempat.  Hal ini banyak idsebut oleh sarjana-sarjana kontemporari, iaitu “hukum berubah mengikut perubahan keadaan dan masa”. (artikel dipetik daripada Cabaran Aplikasi Hibah di Malaysia – Nasrul Hisyam Nor Muhamad)

 

#hibahbukantolakfaraid

#pusakapuaka

 

RANCANG KERANA SAYANG

 

03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *