Suami Isteri yang Membeli Rumah Secara Bersama

Suami isteri yang membeli rumah secara bersama, daripada segi pemilikan, separuhnya dimiliki oleh suami dan separuh lagi dimiliki oleh isteri.

Jika suaminya meninggal dunia, hanyalah separuh daripada rumah tersebut dimiliki oleh isteri, iaitu bahagiannya, dan mungkin hanya 1/8 sebahagian daripada bahagian suami tadi akan dimiliki oleh si isteri. Sebahagian besarnya nanti akan dimiliki oleh waris faraid yang lain. Bagi situasi ini, jika anak yang ditinggalkan oleh suami adalah perempuan sahaja, bahagiannya akan dimiliki oleh ibu bapa. Jika tiada ibu bapa, bahagian itu akan dimilliki oleh adik-beradik suami. Begitu juga jika berlaku kematian kepada isteri, perkara yang sama akan berlaku kepada suami.

Kausar Wealth Management prihatin terhadap isu yang dihadapi oleh pasangan ini dan dapat membantu memberikan penyelesaian terbaik kepada mereka.