Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Wasiyyah Shoppe, KBI Jalin Kerjasama

30 Jan 2018 | Akhbar - Kausar

 

Berita Harian (Nurhayati Abllah, 4 Januari 2017)

Wasiyyah Shoppe Bhd, syarikat pengurusan dan perancangan harta pusaka Islam di Malaysia, memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk menjalinkan hubungan strategik bersama Koperasi Belia Islam (KBI).

Ia bagi memperkenalkan instrumen perancangan dan pengurusan harta pusaka secara syariahnya kepada ahli KBI dan masyarakat umum.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Azrin Sabirin, berkata menerusi kerjasama itu, KBI akan memperkenalkan perkhidmatan syarikat kepada ahlinya dan masyarakat melalui aktiviti seminar, ceramah serta pembukaan kaunter di lokasi aktiviti KBI yang bersesuaian.

Katanya, apabila ahli atau individu yang diperkenalkan oleh KBI melanggan perkhidmatan Wasiyyah Shoppe, KBI akan menerima pendapatan sebagai individu yang memperkenalkan pelanggan.

Sektor koperasi berpotensi

“Kami melihat sektor koperasi sebagai sektor berpotensi untuk dipromosikan instrumen perancangan dan pengurusan harta pusaka secara syariah memandangkan jumlah ahlinya yang ramai.

Selain menjaga kebajikan ahli, pengenalan perkhidmatan ini juga adalah sumber pendapatan kepada koperasi,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Hubungan strategik itu, jelas Azrin, dicetuskan oleh agensi korporat terbesar Wasiyyah Shoppe iaitu Kausar Wealth Management Sdn Bhd.

Pada majlis pemeteraian MOU barubaru ini, Wasiyyah Shoppe diwakili Azrin; Kausar Wealth oleh Pengarahnya, Kamarul Azhar Hashim dan Suzana Abu Bakar, manakala KBI diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azman Mohd Salleh.

Wasiyyah Shoppe adalah firma penyedia dokumen hibah yang paling banyak dan berpengalaman di Malaysia.

Azrin berkata, kelebihan kerjasama itu ialah kerana ia bukan sahaja memfokuskan kepada penyelesaian pengurusan harta pusaka semata-mata, malah ahli koperasi boleh menggunakan kaedah hibah bagi mewariskan saham koperasi mereka kepada sesiapa yang dikehendaki.

Hibah saham koperasi adalah kaedah penyelesaian kepada masalah pewarisan saham koperasi yang selama ini dialami oleh waris.

Sehubungan itu, Azrin turut menjemput mana-mana koperasi di seluruh Malaysia yang berminat untuk menjalinkan hubungan strategik dengan syarikatnya.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button][pb_builder]

0 Comments