Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Wasiyyah Shoppe Sasar Latih 1,500 Perunding Baru

30 Jan 2018 | Akhbar - Kausar

 

Utusan Online (28 Feburari 2017)

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Wasiyyah Shoppe Bhd. peneraju industri perancangan dan pengurusan harta pusaka secara syariah di Malaysia menyasarkan untuk melatih 1,500 perunding baharu pada 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Sabirin berkata, syarikat mempelawa penggiat industri takaful, saham amanah, hartanah dan mereka yang berminat untuk menyertainya.

Bagi tahun ini kata beliau, Wasiyyah Shoppe akan fokus kepada pembangunan sistem dan modul latihan yang lebih tertumpu kepada penghasilan jualan dan perkhidmatan pelanggan.

“Wasiyyah Shoppe akan menjalankan roadshow di seluruh Malaysia bagi menerangkan kepada masyarakat mengenai potensi industri itu sebagai satu kerjaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wasiyyah Shoppe pada 25 Februari lalu, memberi pengiktirafan kepada para perunding dalam Konvensyen Wasiyyah 2017 yang diadakan di IDCC Shah Alam yang menyaksikan 33 anugerah disampaikan.

Majlis itu dihadiri hampir 350 perunding Wasiyyah Shoppe dari seluruh Malaysia dan anugerah utama disampaikan oleh Pengerusi Wasiyyah Shoppe, Datuk Ahmad Khairummuzammil Mohd. Yusof.

Kausar Wealth Management (KWM), kumpulan perunding yang berpusat di Shah Alam diisytiharkan sebagai pemenang Anugerah Khalifah, anugerah tertinggi Wasiyyah Shoppe di atas prestasi jualan dan kepimpinan terbaik untuk 2016.

Pengarah Urusan KWM, Khamarul Azhar Hashim dan Pengarah KWM, Suzana Abu Bakar menerima Anugerah berkenaan bagi pihak KWM.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button][pb_builder]

0 Comments