Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Abang maut ditetak adik gaduh rebut harta pusaka Suspek pangku mangsa sambil menangis sejurus kejadian

2 Jun 2009 | Akhbar - Lain Lain

Oleh Azida Shaharuddin
azida@nstp.com.my

PONTIAN: Akibat berebut harta pusaka, seorang lelaki maut ditetak saudar kandungnya dengan parang dalam kejadian di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nanas, di sini semalam.
Mangsa yang juga peniaga buah-buahan, Tahir Zainal, 41, mati dalam perjalanan ke Hospital Pontian (HP), di sini, selepas mengalami kecederaan parah dibahagian kiri badan dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Muzammil Hashim, berkata anggota Balai Polis Pekan Nenas yang menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.50 petang, menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah diluar rumah berkenaan.
Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya membawa mangsa ke HP untuk rawatan kecemasa sebelum menahan suspek, adik mangsa yang berusia 36 tahun.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang juga menetap di kampung itu pergi ke rumah pusaka arwah ibunya, kira-kira 50 meter dari rumahnya, bersama isteri bagi menyelesaikan isu harta pusaka dengan abangnya.
“mangsa dikatakan berang apabila mendapat rumah berkenaan berkunci sebelum membuka bonet kereta dan mengambil sebatang kuklu kambing dan cuba memecah pintu rumah.
“Perbuatan Tahir cuba dilarang suspel, abangnya serta isteri mereka yang berada di tempat kejadian, namun mangsa enggan dan bertindak memaki hamun serta mencabar mereka,” katanya ketika dihubungi disini , semalam.
Muzammil berkata, mangsa bagaimanapun gagal membuka pintu menyebabkan beliau bertindak mengambil kapak dan cuba memecahkan pintu sambil memarahi suspek serta abangnya.
Beliau berkata, tindakan mangsa menyebabkan suspek bertindak ke rumah abangnya, kira-kira 20 meter dari tempat kejadian dan mengambil sebilah parang serta sebatang tanjak kelapa sawit.
“Suspek kemudian pergi ke arah Tahir yang ketika itu ke bahagian tepi rumah untuk memcahkan pintu belakang. Apabila suspek menghampiri mangsa, mangsa bertiindak menyerang adiknya dengan kuku kambing menyebabkan suspek menghayun parang dan menetak mangsa,” katanya.
Difahamkan, suspek yang menyesal dengan kejadia itu memangku badan mangsa dan menangis sebelum abang mangsa menghubungi ambulans dan polis.
Muzammil berkata, pihaknya kini menahan reman suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Perbuatan Tahir cuba dilarang suspek, abangnya serta isteri mereka yang berada di tempat kejadian”

Muzammil Hashim
Timbalan Ketua Polis Daerah

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *