Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Apakah Faraid?

7 Dec 2017 | Pusaka

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai banyak maksud, antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dan lain-lain), menurut hukum Islam.

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang (zakat, nazar dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Rajah di bawah menunjukan keutamaan yang perlu dilakukan oleh ahli waris dalam menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah seperti di bawah, tetapi tidak terhad kepada jenis harta tersebut sahaja:

  1. Tanah
  2. Bangunan dan rumah
  3. Barang kemas (emas, perak dan lain-lain)
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak)
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain
  6. Sebarang bentu barangan peninggalan yang mempunyai harga

Bagaimana pun, tidak semua harta boleh difaraidkan dengan mudah. Terdapat juga harta-harta yang terhalang pembahagiannya oleh perundangan sivil.

Kausar Wealth Management Sdn. Bhd. membantu dalam pengiraan faraid dan penerangangnya, pengurusan harta pusaka dan perancangan harta kepada ahli waris. Sila hubungi kami untuk membantu anda.

[pb_button src=”https://www.kausarwealth.com/pusaka/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]

0 Comments