Sakitnya tuh disini didalam hatiku, sakitnya tuh disini didalam hatiku, ops ternyanyi pula hikhik. maafkan lah admin ye. Admin ni memang suka menyanyi berangan jadi Dato Siti. Okay, apa pula isu kali ni? ni admin nak cerita tentang tersedar dari lena. Eh apa pulak tu? Bila si suami dah jatuh sakit, isteri jadi mangsa keadaan. Si ipar dan mertua mula bersuara tentang harta yang dimiliki si suami tu. Katanya mereka pon ada hak ke atas harta si suami. Laa, orang tu baru je sakit, belum lagi ‘pergi’. Waris yang betul sah takde berbunyi, yang ‘konon-konon dapat’ pulak berbunyi. Halah halah halahhhhh sakit pulak hati kita ni!
Tapi tu lah realitinya. Yang si isteri dah merenung masa depan ttg nasib dan anak-anak. Mana tidaknya, rumah masih dalam hutang dan isteri pula tidak bekerja. Anak-anak ada lima orang, 1 orang lelaki dan 4 orang perempuan serta masih bawah umur. Dengan desas-desus yang kata mertua dgn ipar nak ambil rumah tu, bertambah-tambah runsing lahhh si isteri ni. Itu baru cerita tentang rumah, belum lagi kwsp lah, tabung haji lah, kereta lah. Baru sikit je tu siap bagi hint time si pemilik ni masih hidup lagi.
Bila jadi macam ni, si suami pon susah hati juga lah kesian pd isteri dan anak-anak. Masa ni mula lah terfikir kenapa tak meracang daripada awal. Masa ni lah baru tersedar dari lena dan nak pastikan yang isteri serta anak-anak dapat hak mereka. Tuan puan, dalam cerita ni je dah banyak konflik dan pelbagai andaian yang perlu dilihat Kisah macam ringkas tapi padat, padat dengan masalah. Yang jelasnya, ADIK-BERADIK DAN IPAR DUAI tidak berhak untuk tuntut harta si suami apabila telah berlaku kematian kerana si suami mempunyai waris faraid yang kukuh iaitu ibu, ayah, isteri, 1 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan.
Bagaimana pula masalah dengan rumah tersebut? Bolehkah si isteri mendapat haknya seperti hasrat si suami? Ya, isteri masih lagi boleh menerima rumah tersebut dengan selamat dan tanpa bergelut dengan pergaduhan antara waris-waris yang lain. Bagaimana caranya? Dapatkan khidmat konsultasi percuma dengan kami kerana setiap orang masalah berbeza-beza. Kami tidak berani mengambil risiko dengan menceritakan secara terbuka kerana dikhuatiri akan mengundang kesalahan dalam mentafsir situasi.
Rancang Kerana Sayang.
0 Comments