Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Harta pusaka peninggalan Allahyarham bernilai RM400 juta kekal ditadbir secara bersama Rayuan isteri kedua Syed Kechik ditolak

31 May 2018 | Akhbar - Lain Lain

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 13 Jan. – Harta pusaka peninggalan Allahyarham Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary bernilai RM400 juta kekal ditabidr secara bersama oleh anak lelaki tunggalnya, Syed Gamal dan ibu tiri serta dua adik tiri perempuannya.
Demikian keputusan panel tiga harkim Mahkamah Rayuan yang tiketuai oleh Datuk Low Hop Bing ketika menolak rayuan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah and dua anaknya, Puan Sri Sharifah Zarah, 42, serta Sharifah Munirah, 44.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Azhar Mohamed hari ini sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Syed Gamal, 46, beritndak selaku pentadbir bersama terhadap harta tersebut.
Panel harta turut memerintahkan ketiga-tiga perayu menjelaskan kos guaman berjumlah RM40,000 kepada Syed Gamal selaku responden.
Dalam keputusan itu, Hakim Hop Bing menyatakan, perasaan marah pihak perayu terhadap Syed Gamal kerana kurang pengetahuan dalam selok-belok perniagaan, bukan alasan yang baik sehingga menyebabkan responden ditolak sebagai pentadbir bersama.
Beliau juga berkata, dakwaan bahawa Syed Gamal merupakan ahli perniagaan yang gagal sehingga terpaksa menjual kereta Mercedes-benz bukan alasan kukuh mengetepikan hak respondek mentadbir bersama harta pusaka itu.
Menurut Hakim Hop Bing, kejayaan kegagalan dalam hidup, perniagaan dan aktiviti lain merupakan penghakiman yang bersifat subjektif semata-mata.
“Kejayaan bukan titik penyudah manakala kegagalan bukan sesuatu yang telah ditakdirkan. Keberanian dan semangat yang berterusan itu yang lebih diambil kira,” ujar beliau.
Sehubungan itu, panel tersebut berpuas hati bahawa Mahkamat Tinggi betul ketika membenarkan Syed Gamal mentadbir harta pusaka bernilai RM400 juta bersama keluarga tirinya.
Pada 30 Julai tahun lalu, Pesuruhjaya Khehakiman Lee Swee Seng membenarkan permohonan kaveat Syed Gamal bagi menghalang ketiga-tiganya daripada menguruskan harta tersebut tanpa merujuk kepadanya terlbih dahulu.
Syed Gamal ialah anak lelaki tunggal hasil perkongsian hidup Allahyarham Syed Kechik dengan bekas isteri pertamanya, Zainab @ Eshah. Syed Kechik menceraikan Zainab ketika Syed Gamal berusia lima tahun.
Pengurus kafe siber itu menyatakan, beliau merupakan waris dan anak yang sah untuk menjadi pentadbir bersama harta pusaka peninggalan pengasas Yayasan Syed Kechik Holdings itu.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *