Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015, 2016, 2017, 2018, 2019

“Janganlah kita membebankan keluarga dan menjadi penyebab perbalahan di antara keluarga kita” Liza Hanim

21 Jan 2021

[Contoh Baik Akhiri 2020, Cara Terbaik Memulakan 2021]

Penyanyi terkenal Liza Hanim lakukan tindakan yang perlu dicontohi.

“Janganlah kita membebankan keluarga kita. Janganlah kita menjadi penyebab perbalahan di antara keluarga kita” Liza Hanim
.
Beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia banyak dikejutkan dengan pelbagai insiden rakan-rakan artis dan pengiat seni yang pergi di awal usia yang meninggalkan anak yang masih kecil.

Apa berlaku selepas itu, banyak kisah-kisah yang tidak sedap, terutama apabila melibatkan tentang harta. Ada yang nampak macam perebutan harta. Ada yang nampak macam ahli keluarga bergaduh dan keadaan itu nampak sangat-sangat tidak harmoni.

“Saya mahu, kalaulah tiba waktu saya, saya mahu pergi dengan sebaik baik kematian. Begitu juga apa berlaku selepas itu, saya mahu keluarga dalam keadaan aman dan tidak berbalah ke atas apa-apa yang bakal saya tinggalkan sama ada harta atau hutang saya. Saya tidak mahu membebankan mereka”.
.

Ujar Liza Hanim sebaik sahaja sesi menyempurnakan perancangan pewarisan kelmarin. Beliau melafazkan akad pemberian hibah harta kepada anak-anak melalui suaminya Tuan Shahrin Samsudin aka Shah Indigo sebagai pemegang amanah.

Majlis disempurnakan Co-Founder Kausar Wealth Management – Hibah,Wasiat,Pengurusan& Perancangan Harta Islam, Khamarul Azhar Hashim.
https://linktr.ee/KhamHashim

(Kausar Wealth Management adalah Agensi Korporat No1, Wasiyyah Shoppe Bhd, Syarikat Amanah Patuh Syariah Peneraju di Malaysia)

#racangkeranasayang
#pewarisanhartaIslam
#Hibahhartanah
#HibahSahamSyarikat
#faraid
#wasiat
#pejuangpewarisanpenyelamatummah