Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

KESAN PERTEMBUNGAN ANTARA PERSEPSI DAN REALITI

8 Feb 2016 | Blog

Bila sebut pasal harta dan pusaka, masyarakat Islam di Mlaaysia adalah golongan yang paling terkesan kerana dari jumlah RM60 bilion harta pusaka yang terbeku (Dato’ Hamim Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Harian Metro, 14 Januari 2016) , dan mereka adalah penyumbang paling besar iaitu 90%.

Sebagai orang Islam, apabila berlakunya kematian, 3 perkara yang perlu disegerakan adalah:
1. Urusan jenazah arwah
2. Bayarkan/uruskan hutang arwah
3. Bahagiakan harta pusaka arwah

Namun begitu, masyarakat Islam atau lebih spesifik masyarakat melayu mempunyai persepsi yang berbeza mengenai harta pusaka. Ini adalah satu topik yang cuba dielakkan untuk dibincangkan. Perbincangan mengenai topik ini mungkin akan amemberikan persepsi ‘’gila harta atau tamak harta’’ dalam kalangan ahli keluarga dan akhiranya masing-masing cuba mengelakkan untuk memulakan perbincangan ini. Antara sebab lain adalah waris tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan untuk menguruskan harta pusaka arwah.

Ada juga persepsi bahawa isteri dan anak adalah waris arwah sahaja dan oleh itu mereka yang berhak ke atas harta pusaka arwah. Namun realitinya, dalam Surah An-Nisa ayat 11, 12 dan 176 denga jelas telah menggariskan siapakah waris-waris arwah dan bahagian yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T pada saat arwah meninggal dunia tertakluk kepada struktur keluarga yang masih ada pada waktu kematian. Terdapat 25 golongan yang boleh mewarisi dan 12 golongan yang pasti ada bahagian faraid mereka.

Akibatnya, timbullah fitnah dan ada kemungkinan hak-hak waris yang sepatutnya terima bahagian mereka diambil oleh pihak lain. Kesan paling teruk adalah apabila TERMAKAN HARTA YANG BATIL (penjelasan dalam video).

Selain daripada itu, harta yang ditinggalkan akan terbeku dan tidak dapat dimajukan. Kesan daripada pengabaian urusan pembahagian dan pentadbiran pusaka boleh mencetuskan masalah seperti kes pemilikan beramai-ramai, tuntutan bertindih, harta terbiar tanpa diurus, kesulitan proses perbicaraan dalam pembahagian harta si mati dan risiko kehilangan dokumen hak milik si mati (Abdul Rashida & Yaakub, 2010). Tambah merumitkan lagi apabila ada kes pusaka yang berlapis akibat kelewatan menuntut pusaka tersebut yang akhirnya akan melibatkan waris yang lebihr amai (Mat Hussain & Nor Muhammad, 2013) Akibat daripada harta yang tidak diuruskan atau penyelesaian agihan pusaka yang lewat, maka ini akan merugikan umat Islam kerana pembangunan harta tersebut akan terbengkalai walaupn harta tersebut sangat berpotensi untuk membangunkan sosio-ekonomi umat Islam (Mat Hussain & Nor Muhammad, 2013 Md Azmi & Sabit Mohammad, 2011; Shae, Wan Yusof, & Al-Edrus, 2014). (Petikan daripada : Pembahagian Pusaka dikalangan waris: Pendekatan AHP)

#hibahbukantolakfaraid
#pusakapuaka

RANCANG KERANA SAYANG

03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *