Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Khamarul Azhar Hashim

4 Dec 2017 | Staf

 

Islamic Financial Planner (IFP)
Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP)
University of South Australia, Australia – Bachelor of Building (Hons)

Khamarul Azhar adalah pengarah urusan untuk Kausar Wealth Management Sdn Bhd, iaitu syarikat yang khusus dalam menyediakan khidmat rundingan perancangan harta dan pusaka berlandaskan syariah di Malaysia. Instrumen pewarisan harta seperti hibah, wasiat, harta sepencarian, amanah, faraid, pewarisan perniagaan, khairat pusaka, harta amanah keluarga dan pelbagai lagi adalah antara solusi yang digunakan dalam membantu umat Islam menyempurnakan hasrat pewarisan mereka dalam masa yang sama memenuhi keperluan perundangan syariah dan sivil di Malaysia.

Dilahirkan pada 1975 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Petaling Jaya, Khamarul bermula belajar di sekolah Kebangsaan Kampung Tunku dan kemudian ke Sekolah Menengah (L) Bukit Bintang dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM TGB). Beliau melanjutkan pelajaran ke South Australia, Australia di dalam Ijazah Bangunan (kepujian). Beliau telah dibekerja di Australia di didalam industri pembinaan khususnya bidang kejuruteraan awam dan pakar dalam pembinaan lapangan terbang. Beliau pulang ke Malaysia pada tahun 2003 setelah berada di Australia selama 10 tahun. Pengalaman beliau dalam dalam mendapat khidmat rundingan kewangan secara professional di Australia membuka minat beliau untuk turut serta didalam industri kewangan di Malaysia. Kelebihan dalam kemahiran penyelesaian masalah, pendedahan dan pengalaman kewangan di Australia menjadi aset kepada beliau apabila mula berkecimpung didalam industri kewangan.

Khamarul telah berkecimpung didalam industri kewangan selama 14 tahun dan mempunyai pengalaman yang luas didalam membantu pelanggan membina kekayaan, melindungi kekayaan dan mengagihkan atau mewarisi kekayaan. Beliau memperolehi kelayakan sebagai Islamic Financial Planner (IFP) dari Islamic Banking and Financial Intitute Malaysia (IBFIM) dan Shariah Registered Financial Planner dari Malaysian Financial Planning Council (MFPC). Khamarul memberikan tumpuan kepada pewarisan harta dan pusaka kerana keperluan masyarakat Islam dalam bidang ini sangat diperlukan memandangkan umat Islam di Malaysia adalah golongan yang paling terkesan berkaitan harta pusaka. Pewarisan harta menjadi rumit apabila pemilik harta tidak merancang semasa hayatnya. Beliau telah memperkenalkan kaedah merancang pewarisan harta F.A.S.T agar perancangan pewarisan dapat dilakukan melalui kaedah yang betul dan instrumen yang tepat. Kaedah ini mengharmonikan kedua-dua system perundangan dan waris. Khamarul sering muncul di media utama seperti akhbar tempatan (Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Malaysian Insider) dan rancangan televisyen (Fikrah TV1, MHI TV3, Capital TV, Bernama)

0 Comments