Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

MASALAH WASIAT DI MAHKAMAH

20 Dec 2016 | Blog

Bagi Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka yang telah mempunyai enakmen khusus mengenai wasiat orang Islam boleh percepatkan urusan Mahkamah Syariah di negeri masing-masing ekrana rujukan terus boleh dibuat kepada enakmen-enakmen berkenaan.

Kesan daripada bidang kuasa dua mahkmah yang berlainan ini adalah orang Islam perlu berhubung dengan dua mahkamah dalam urusan harta yang diwasiatkan: pertamanya melalui Mahkamah Syariah untuk menentukan ke-sah-an sesuatu wasiat jika timbulnya pertikaian; kedua melalui Mahkamah Tinggi Sivil untuk dapatkan surat kuasa tadbir bagi urusan pentadbiran harta tersebut jika nilainya melebihi RM2 juta.

Sesuatu wasiat itu dianggap sah apabila telah mencukupi segala rukun dan syarat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh hujum syarak.  Namun begitu, dalam konteks di Malaysia, perkara-perakara yang sering menjadi isu dan salah masyarakat berkaitan dengan wasiat ialah seperti berikut:

  1. Masalah wasiat melebihi kadar 1/3 daripada harta pewasiat.
  2. Masalah penangguhan dalam penyerahan harta wasiat dengan meletakkan syarat yang tidak menetapi hukum syarak.
  3. Masalah wasiat kepada waris.
  4. Masalah pemberian pada masa marad al-maut dan
  5. Masalah penamaan

Isu-isu dinyatakan diatas merupakan perkara yang seringkali menjadi pertikaian di Mahkamah Syariah.

Kesimpulannya, apabila timbul pertikaian mengenai sesuatu wasaiat, maka pengesahannya dirujuk ke Mahkamah Syariah.

(Manual pengurusan wasiat Islam: Jawhar)

#hibahbukantolakfaraid

#pusakapuaka

 

RANCANG KERANA SAYANG

 

03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *