Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

MENGAPA PENTINGNYA HIBAH UNTUK PASANGAN ISLAM YANG MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN SAHAJA?

19 Feb 2018 | Blog

Firman Allah SWT. :

وَأَتَىالْمَالَ عَلَىحُبِّهِ ذَوِىالْقُرْبَىوَالْيَتَمَىوَالْمَسَاكِيْنِ وَابْنَ السَّبِيْلِ وَالسَّائِلِيْنَ وَفِىالرِّقَابِ

“Dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta dan (memerdekakan) hamba sahaya” (QS. Al Baqarah : 177)

Ramai orang Islam di Malaysia hari ini memiliki harta peribadi seperti rumah, tanah, apartment, flat, kondominium , wang tunai di dalam akaun bank, saham perniagaan di dalam syarikat, akaun pelaburan unit amanah di dalam syarikat pelaburan milik kerajaan mahupun swasta, kenderaan, akaun Lembaga Tabung Haji, barang kemas yang berharga seperti emas dan berlian, malah ramai juga umat Islam warganegara Malaysia yang memilik harta di luar negara seperti akaun simpanan, akaun pelaburan dan hartanah.

Ramai di antara mereka beranggapan bahawa apabila mereka meninggal dunia kelak, harta yang telah dikumpulkan dengan susah payah selama bertahun tahun ini akan secara automatik menjadi milik pasangan dan anak anak mereka. Anggapan ini adalah salah bagi pasangan Islam yang mempunyai anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki) .

Selepas mereka meninggal dunia, harta-harta ini akan diterima oleh anak-anak perempuan mereka mengikut Faraid yang dibuat seperti bahagian 1 anak perempuan adalah ½ dan jika ada lebih dari seorang anak prempuan, 2/3 akan dikongsi sama rata. 1/8 adalah milik isteri, ibu memiliki 1/6 dan ayah pula menerima 1/6 dan baki. Jika ibu dan ayah tiada bahagian mereka diwarisi oleh adik beradik si suami walaupun adik beradik mempunyai hak mengikut hukum Faraid, namun mereka tiada hak ke atas harta yang telah dihibahkan kerana harta itu telah terkeluar dari harta pusaka.

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja seperti:

  1. Bahagian faraid yang tetap untuk anak perempuan 2:1 anak perempuan bersamaan ½ nilai harta. Lebih dadripada satu anak perempuan akan berkongsi sama rata bahagian 2/3 harta.
  2. Bahagian isteri 1/8 dan baki akan diwarisi ayah 1/6, ibu 1/6 sekiranya masih hidup atau bakinya akan dapat kepada adik-beradik si arwah mengikut pengiraan tashieh.
  3. Anak perempuan akan berkongsi harta/hartanah dengan pakcik dan makcik
  4. Hak bersama, keputusan perlu diperoleh daripada semua waris terlibat.
  5. Isu bertambah rumit apabila anak perempuan bawah umur ketika ibubapa meninggal dunia.

 

#hibahbukantolakfaraid

#pusakapuaka

 

Rancang Kerana Sayang

 

03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *