Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Nafkah kanak-kanak, jika bapa kanak-kanak itu telah mati

1 Feb 2021 | Blog

[Nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati]
.
(1) Siapa seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak?

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] mengenai kuasa mahkamah
untuk memerintahkan bagi orang tertentu yang termasuk dalam kategori WARIS/KERABAT mengikut hukum Syarak,
supaya membayar nafkah kepada seseorang yang lain(kerabat) yang dia berkewajipan melakukan yang sedemikian,
jika mahkamah berpuas hati bahawa berdasarkan kemampuannya adalah munasabah bagi mahkamah memerintahkan sedemikian.
.
Seksyen 72 (2) Akta 303 menjelaskan seperti yang berikut:

“Kecuali sebagaimana yang disebut terdahulu, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak
untuk menanggung nafkah atau memberikan sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati
atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.”.

Seksyen 60 Akta 303 menjelaskan seperti yang berikut:

“ 60. Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syarak,
supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tidak berupaya, sepenuhnya atau sebahagiannya,
daripada mencari pendapatan oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati
bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian”

Pemakaian peruntukan seksyen 72(2) dan seksyen 60 Akta 303 adalah sangat luas kerana ia meliputi tuntutan nafkah
daripada mana-mana orang yang berhak terhadap orang yang bertanggungan mengikut hukum Syarak.

Dalam hal keadaan tersebut, mahkamah memainkan peranan yang penting dalam menentukan wali/waris-waris/kerabat yang bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada
pihak yang menuntut berdasarkan prinsip-prinsip hukum Syarak

Jom tengok negara Islam yang lain pula.

Jika merujuk kepada peruntukan undang-undang negara Islam yang lain seperti UAE

Undang-Undang Keluarga Islam Emiriah Arab Bersatu

Seksyen 173 pula memperuntukkan bahawa “ahli-ahli waris mengikut tertib turutan asabah dalam faraid adalah
berkewajipan membayar nafkah kepada seseorang kanak-kanak yang masih kecil dan fakir dan kepada kanak-kanak
yang telah dewasa tetapi fakir atau tidak berkemampuan untuk berusaha disebabkan oleh kelemahan fizikal atau mental.”.

SIAPA WARIS/KERABAT LELAKI MENGIKUT TERTIB ASABAH DALAM FARAID?
(a) abang atau adik lelaki seibu sebapa;
(b) abang atau adik lelaki sebapa;
(c) anak lelaki dari abang atau adik lelaki seibu sebapa hingga ke bawah;
(d) anak lelaki dari abang atau adik lelaki sebapa hingga ke bawah;
(e) bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa;
(f) bapa saudara sebelah bapa sebapa;
(g) anak lelaki dari bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa hingga ke bawah;
(h) anak lelaki dari bapa saudara sebelah bapa sebapa hingga ke bawah;
(i) datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa;
(j) datuk saudara sebelah bapa sebapa;
(k) anak lelaki dari datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa hingga ke bawah; atau
(l) anak lelaki dari datuk saudara sebelah bapa sebapa hingga ke bawah.
Secara kesimpulan, nafkah anak adalah menjadi tanggungjawab bapa selagi anak tersebut tidak mempunyai kemampuan atau harta untuk menyara kehidupannya sendiri.

Jika ayah telah meninggal dunia, adalah tanggungjawab WARIS/KERABAT mengikut hukum Syarak untuk memberi nafkah kepada anak tersebut. Jika diikutkan turutan, tanggungjawab akan pergi kepada ayah kepada ayah dan seterusnya.

Peruntukan ini adalah dalam syarak dan digariskan dalam undang-undang Islam di setiap negeri. Ia adalah bidang kuasa mahkamah syariah.

Perlukah perlaksanaan tanggungjawab ini dibawa hingga ke mahkamah untuk waris/kerabat melaksanakan tanggungjawab mereka?

Apa pendapat anda?

#biartahujangankeliru
#pejuangpewarisan
#PewarisanHartaIslam
#kausarwealthmanagement
#agensikorporatNo1WasiyyahShoppeBhd

Sumber dipetik dari:
Sesi perkongsian Ilmu bersama Daie Wasiyyah Shoppe Bhd
“NAFKAH KERABAT”

Dato Haji Abdul Walid bin Abu Hassan
Pakar Rujuk JKSM.
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang dan Terengganu.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *