Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA YANG TERBAIK

10 Jan 2019 | Blog

Alhamdulillah dan tahniah kerana ada dalam kalangan kita akhirnya berjaya menjalankan tgjwb dlm menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan. Mungkin setelah beberapa bulan atau beberapa tahum barulah proses tu selesai.

Tapi, ada juga yang tak selesai lagi. Kenapa tak selesai? Taktahu nak bahagi cemana. Dilema pula rasanya. 

Sebenarnya ada beberapa kaedah yang boleh diguna pakai untuk proses pembahagian. Dan kaedah tersebut tidaklah wajib utk diikuti. Terpulang kpd keluarga tersebut untuk menentukannya.

Kaedah pembahagian yang boleh dilakukan:

1. Faraid
– ini spt yg termaktub dalam Alquran. Mengikut bahagaian yang telah ditetapkan spt ibu ayah 1/6, isteri 1/8, ank lelaki dan anak perempuan dgn nisbah 2:1 dan byk lagi.

2. Muafakat
– kaedah ni biasanya ahli waris jenis tk byk “songeh” atau ikut je apa permintaan arwah. Bahagi sama rata ke antara waris. Tak pon ikutlah siapa yang memerlukan tu dptlah lebih. Paling best bahagian memasing tu nk buat amal jariah pulak. Haa terpulanggg

3. Hibah
– kaedah ni agak selamat kerana pemberi berhajat untuk membahagikan harta tsbt mengikut formula tersendiri. Tapi hibah bukanlah menolak faraid tetapi kaedah yang sebenarnya dpt membantu pemberi menzahirkan rasa kasih syg kpd penerima. Contoh? Anak angkat bukanlah waris. Dan sekiranya tidak membuat pembahagian melalui hibah, anak tsbt tidak ada hak lgsg untuk menunutut. Kesian kan? Sbb tu adanya hibah. Dan yg pasti, hibah dilakukan semasa hidup.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *