Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

PEMEGANG AMANAH BUKAN PENERIMA HARTA

16 Jan 2019 | Blog

Hujung minggu lepas ada sebuah drama di satu siaran tv terkemuka. Mengisahkan ttg seorang atuk yang menjaga cucu lelakinya kerana ank lelaki dia (Aman) telah meninggal dunia. Seorang lagi anak lelakinya yg tlh berkahwin dan berhijrah dan hidup mewah di bandar telah mengabaikannya.

Dipendekkan cerita sblm Aman meninggal dunia, Aman telah buat “wasiat” yang menyatakan adiknya sbg pemegang amanah kpd anaknya. Jika berlaku kematian, harta tsbt boleh dibahagi kpd anaknya apabila anaknya cukup 21tahun.

Disebabkan adiknya terikat dgn hutang yg byk, maka konon-kononnya dia nak guna lah harta yg ditinggalkan oleh abgnya tsbt sbb dia adalah PEMEGANG AMANAH.

Perlu dijelaskan ya pemegang amanah BUKAN penerima harta. Pemegang amanah adalah org yg dipercayai utk memegang amanah sehingga satu tempoh yg ditetapkan. Jika berlakunya pecah amanah, maka seseorang boleh dikenakan tindakan undang-undang sbg pecah amanah.

Jadi, bila pemilik telah melantik anda sbg pemegang amanah. Janganlah perasan harta tu milik awak. Sebenarnya yang ditinggalkan adalah tanggungjawab dan amanah. Jalankanlah amanah tsbt dgn sebaiknya.

Jangan lah jadi spt kisah diatas. Dahlah konon nak songlap harta anak tu. Kalau ikutkan faraid, se-sen pon adik Aman tu tk dpt tau. Sbb si Aman ada ayah dan anak lelaki. Janganlah sebab harta hati jadi gelap mata jadi gelap. Gelita gelita tanpa cahaya.

Rancang Kerana Sayang.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *