Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015, 2016, 2017, 2018, 2019

PENAMA KWSP ITU PENERIMA

by | 18 Jan 2019

Fakta atau auta? Betul ke benda ni? Siapa nama yg diletakkan dalam kwsp tu, itulah yg akan layak terima duit tu bila si pemilik meninggal dunia. Serius lahh??

Nama pon penama. Mcm kisah kisah sebelum ni. Penama BUKANLAH pemilik sebenar harta tersebut tapi tugasnya adalah untuk memastikan duit dalam akaun tu tidak beku. Apabila pemilik meninggal dunia, penama tersebut boleh keluarkan duit dlm akaun tersebut mengikut ketetapan pihak kwsp.

Habis tu apa guna % yang dia suruh letak tu? Sebenarnya, tu mungkin hasrat si pemilik. Mungkin pemilik pon fikir itu jelah harta yg dia ada utk dibahagikan kpd warisnya. Tp bila sampai masa, seharusnya penama yg diletakkan tu perlu bahagi duit tersebut ikut faraid (waris-waris yg layak). Atau kalau sepakat bahagi sama rata. Bahagilah sama rata. Tp kalau waris lain boleh melepaskan hak sbb fikir mungkin si penama memerlukan duit. Dan bersetuju utk ikut % yg ditetapkan. Tu terpulanglah. Tiada sekatan pon. Janji kena faham makna PENAMA.

Yang pasti penama BUKAN pemilik. Kalau lah ada yg rasa mcm tu. Bila sampai masa pemilik meninggal, si penama pon keluarkan duit dan gunalah utk kegunaan diri sendiri. Sebenarnya cara tu telah makan harta orang laim. Harta batil dlm erti kata lain. Apakah hukumnya? Rasanya semua orang tahu hukum nya.

Penama perlu tahu kenapa dan mengapa namanya diletakkan sebagai penama. Si pemilik mungkin sedar ttg kesukaran utk keluarkan duit jika tiada penama sebab tu pemilik telah buat penama di akaun tersebut. Tapi sejauh mana penama tu tahu tentang tanggungjawab dan kepentingannya? Kami dah jelaskan. Kami harap pembaca faham ttg perkara ini.