Ramai yang bercerita tentang simpanan, pelaburan, pembelian hartanah, meluaskan perniagaan, persaraan dan pelbagai berkiatan kewangan dari membina hingga pengurusan hutang pastinya semua ingin mempunyai kesudahan atau desiniasi akhir, bukan?
Dimana pengakhirannya?
Pastinya semua pemiliknya akan pergi buat selama-lamanya. Itu yang paling pasti, kerana itu janji Allah. Soalnya adalah adakah harta-harta ini akan menjadi bekalannya di akhirat kelak? Adakah harta ini akan bermanfaat kepada keluarga pemilik, seperti isteri, anak-anak, ibu bapa dan waris-waris faraid? Adakah harta pemilik akan dapat digunakan untuk menyelesaikan obligasi atau hutang-hutang yang sedia ada?
Jangan terlalu pasti menjawab ya!
Harta pusaka yang tidak terurus sudah mencecah RM66 bilion dan akan terus meningkat berbilion lagi. Dan 90% harta ini adalah milik orang Islam walaupun sebenarnya agama Islam menyeru untuk menguruskan harta dan pusaka dengan cekap dan bijak!
Peringatan telah dihantar. Tahun lepas, rakan sekolah meninggal dunia, awal tahun lepas mentor meninggal dunia, minggu lepas jiran pula meninggal dunia. Sekadar mampu sedekahkan al-Fatihah dan menghulurkan takziah kepada keluarga arwah.
Jika ada masalah pusaka atau perebutan harta, dibisikkan dalam hati sendiri, ‘’jangan campur urusan !’’ hanya sekadar bersimpati. Jika nak membantu poun taktahu nak mula dari mana. Rasnaya bila kita yang dijemput Allah, orang lain akan buat yang sama tak kepada keluarga kita?
Sanggupkah anda kembali setelah pergi melihat kesan tindakan yang tidak bertindak? Dimana silapnya?
- Berlengah-lengah memulakan perancangan?
- Harta terlalu sedikit untuk merancang?
- Harta terlalu banyak untuk merancang?
- Harta tidak penting untuk kelangsugnan hidup mereka yang tersayang?
- Tiada pakar pewarisan harta pusaka islam?
- Sebab dah tahu bila tarikh kematian, last minute boleh buat?
Dapatkanlah ilmu daripada yang tahu. Sampaikanlah ilmu kepada saudara-mara kerana kesannya kepada ummah. Bertindaklah walaupun dengan bermula berkongsi ilmu.
#hibahbukantolakfaraid
#pusakapuaka
Rancang Kerana Sayang
03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan
0 Comments