Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Perunding Wasiyyah Diiktiraf

21 Oct 2018 | Akhbar - Kausar, Popular

 

Berita Harian (14 Mac 2016)

Kuala Lumpur: Wasiyyah Shoppe Berhad (Wassiyah Shoppe), organisasi peneraju industri perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam di Malaysia mengiktiraf barisan perundingnya yang mencapai prestasi cemerlang pada Konvensyen Wasiyyah 2015 yang berlangsung di Shah Alam.

Acara tahunan itu pada kali ini menyaksikan 33 anugerah disampaikan kepada perunding yang berjaya termasuk anugerah utama iaitu Anugerah Khalifah yang dimenangi syarikat perunding kewangan, Kausar Wealth Management Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Wassiyah Shoppe, Azrin Sabirin berkata, syarikat
amat menghargai barisan perundingnya iaitu satu saluran penyampaian maklumat berkaitan penyelesaian isu harta pusaka kepada masyarakat.

“Syarikat mengambil masa selama 10 tahun membentuk modul latihan berkesan dan tepat berkaitan perwarisan harta pusaka Islam kerana ia amat mementingkan profesionalisme daripada aspek penyampaian maklumat telus dan tepat dalam kalangan perunding,” katanya.

Beliau berkata, langkah terbabit penting kerana konsep perkhidmatan Wasiyyah Shoppe adalah penyediaan dokumen pewarisan harta berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan namun masih dalam ruang lingkup syarak dibenarkan.

“Kami berbangga kerana kerjaya sebagai Perunding Pewarisan Harta Pusaka Islam yang sudah dipelopori syarikat sejak 11 tahun lalu kini terbukti berpotensi dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada mereka yang terbabit dalam bidang ini,” katanya.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button][pb_builder]

0 Comments