Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

RAMAI ORANG AMBIL TAHU TENTANG TABUNG HARAPAN MALAYSIA TAPI RAMAI YANG TAKTAHU NAK BUAT TABUNG HARAPAN WARIS

31 May 2018 | Blog

Sejak akhir-akhir ni tular di media sosial tentang kerajaan membuat tabung harapan Malaysia menyeru rakyat membantu ekonomi negara. Kali ini, biar kami pula menyeru SUAMI-SUAMI SOLEH untuk mulakan TABUNG HARAPAN WARIS.

Kenapa ye kami beria sangat nak suami buat tabung ni? Psstt psstt kami nak tanya satu soalan kepada cik suami. Tahu tak kalau lah ditakdirkan cik suami ni meninggal dunia, kesemua harta milik suami yang dikumpulkan semasa hidup seperti rumah, tanah, akaun simpanan, ASB dan lain-lain akan TERBEKU? YA, SEMUANYA AKAN TERBEKU sehinggalah waris berjaya mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian.

Hah apa tu Surat Kuasa Mentadbir? Perintah Pembahagian? apa tu? Dekat mana nak ambik? Siapa je yang boleh pegi buat? Tudiaaa, mesti soalan ni terus berlegar-legar dalam fikiran kan? Sabar-sabar belum habis lagi cerita ni.

Nak dapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian ni pon bukan mudah tau. Waris kena keluarkan duit untuk buat tuntutan ni. Kalau taktahu nak urus, minta pula bantuan pihak ketiga, waris boleh dikenakan KOS SEHINGGA 5 % MENGIKUT AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1958. Cuba kira sikit berapa waris perlu bayar kalau harta cik suami tu bernilai RM2,000,000. Tak ke RM100,000 waris nak kena cari. Ada ke duit time tu?

Sudahlah kena keluarkan kos yang tinggi, WARIS PERLU TURUN NAIK PEJABAT PELBAGAI AGENSI untuk uruskan tuntutan ni. Dah susah payah turun naik pejabat, habis beribu duit, PROSES PERUNDANGAN MENGAMBIL MASA YANG PANJANG DAN RUMIT!

Tu baru kami bagitahu secara asasnya. Kalau cik suami yang sedang baca ni pon taktahu, agak-agak si isteri tu tahu ke nak uruskan? lagi-lagi kalau si isteri tu seorang suri rumahtangga. kerjanya memang menguruskan anak-anak dirumah. Tak ke terduduk isteri tu? Mana nak bayarkan hutang, mana nak survive lagi. Betul tak betul tak?

Sebab tulahhh, kami disini menyeru cik suami buatlah tabung harapan waris ni. At least lah at least, sekiranya berlaku apa-apa ke atas diri suami, terbela lah masa depan waris-waris yang ditinggalkan terutama isteri dan anak-anak.

Sebab tulahhh, kami disini menyeru cik suami buatlah tabung harapan waris ni. At least lah at least, sekiranya berlaku apa-apa ke atas diri suami, terbela lah masa depan waris-waris yang ditinggalkan terutama isteri dan anak-anak.

Senang kan waris-waris cik suami bila cik suami urus awal? So pilihan di tangan cik suami. Oh cik suami dah mula risau? Takpa takpa jangan risau. Disini lah kami sedia membantu anda memberikan penyelesaian terbaik untuk anda.

 

#hibahbukantolakfaraid

#pusakapuaka

 

Rancang Kerana Sayang

 

03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *