Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

SAMPAI TERBURAI USUS

2 Jun 2018 | Blog

HANYA kerana berbalah mengenai HARTA PUSAKA, seorang lelaki tergamak menikam abangnya diperut hingga terburai di Kampung Perana, Langkawi Rabu lalu.  Bagaimanapun, mangsa kini stabil selepas dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan.

Ketua polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.  Beliau berkata, suspek berusia 40-an kemudian ditahan pada 11.55 malam.

“Polis turut merampas parang panjang yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, mangsa mengalami luka di perut sepanjang 25 sentimeter akibat tikaman itu hingga menyebabkan ususnya terkeluar.  “Mangsa juga turut mengalami luka di pergelangan tangan dalam kejadian itu dipercayai cuba menepis tikaman yang dilakukan adiknya,” katanya.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik terbabit berkaitan HARTA PUSAKA.  “Suspek kini ditahan reman selama empat hari yang berakhir Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Jun 2018@11:48 a.m., Harian Metro

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *