Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Sasaran tarik 8,000 pelanggan

26 Jan 2015 | Akhbar - Kausar

Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. Syarikat milik penuh Bumiputera yang mengkhusus dalam industri perancangan dan pengurusan harta pusaka secara syariah, menyasarkan untuk menarik kira-kira 8,000 pelangagn baru pada tahun ini.
Pengasasnya, Ariffin Sabirin berkata, ia sebagai tambahan kepada lebih 36,000 indvidiu beragama Islam di seluruh negara yang sudah menggunakan perkhidmatan syarikat sehingga 31 Disember lalu.
Beliau berkata, antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah penyediaan dokumen hibah, wasiat, harta sepencarian dan amanh, selain perkhidmatan penyelesaian tuntutan harta pusaka di Pejabat Pesaka Kecil, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahakamah Tinggi Sivil.
“Wasiyyah Shoppe turut tersenarai sebagai syarikat Bumiputera berprestasi tinggi di dalam Program Teras, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Jabatan Perdana Menteri.
“Ia susulan kejayaan kami menyelesaikan lebih daripada 300 kes harta pusaka di Pejabat Pesaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil dengan purata tempoh penyelesaian antara tiga hingga lapan bulan sahaja,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Katanya, kejayaan syarikat menarik lebih 36,000 pelanggan sehingga 31 Disember 2004, membuktikan Wasiyyah Shoppe yang mula beroperasi pada Mei 2004 semakin diterima baik masyarakat.
Ariffin berkata, faktor utama menyumbang kejayaan itu ialah tawaran produk syarikat yang lengkap menerusi 14 produk yang ditawarkan, sekali gus mampu memenuhi keperluan semua segmen pelanggan di Malaysia.
“Kami menerima hakikat bahawa setiap pelanggan mempunyai keperluan berbeza dan berdepan pelabagai situasi. Justeru, kami menawarkan pelanggan dengan pelbagai produk yang dapat memenuhi keperluan yang pelbagai.
“Bermula daripada orang petani yang ingin mewariskan tanah kebunnya hinggalah
keapda seorang ahli perniagaan korporat yang ingin mewariskan saham syarikatnya. Semua segmen pasaran boleh mendapatkan penyelesaian di Wasiyyah Shoppe,” katanya.
Beliau berkata, dalam memenuhi keperluan semua segmen pasara, syarikat tidak pernah mengabaikan faktor berpatuhan Syariah yang mana semua produk keluarannya mematuhi peraturan ditetapkan.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *