Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

“SAYA SANGKAKAN BILA SUAMI MENINGGAL, RUMAH INI MILIK SAYA DAN ANAK ANAK. NAMUN RUPANYA BUKAN”

29 Oct 2018 | Blog

Saya seorang isteri yang mempunyai 3 orang anak perempuan. Sejak berumahtangga 10 tahun lepas, arwah suami selalu sebut tentang hibah. Saya selalu buat tak kisah lagipun kami masih muda sehinggalah arwah meninggal bulan lepas.

Anak anak saya masih kecil. Umur mereka 10 tahun, 8 tahun dan 6 tahun. Masih panjang perjalanan mereka.

Harta yang kami ada sepanjang bersama iaitu rumah atas nama bersama yang diharapkan dapatlah menjadi tempat berteduh kami sepanjang saya membesarkan anak-anak.

Namun selepas suami tiada, barulah saya tahu bahagian nama suami perlu dibahagikan mengikut faraid dan undang undang di Malaysia dan RUMAH ITU BUKAN MILIK SAYA SAHAJA namun ia milik kaum keluarga yang perlu dibahagikan.

 

Namun dengan HIBAH HARTANAH sesebuah organisasi keluarga terutama untuk keluarga yang anaknya kecil-kecil lagi dapat merancangan kewangan keluarga walaupun kita sudah tiada.

Perkara yang sering kita AMBIL RINGAN IAITU KEMATIAN.

Tanpa signal dan tanpa amaran, pasangan kita mungkin akan pergi pada bila bila masa sahaja.

 

#hibahbukantolakfaraid

#pusakapuaka

Rancang Kerana Sayang

 

03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *