Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

UKM, Kausar Jalin Kerjasama

22 Oct 2018 | Akhbar - Kausar, Popular

 

Harian Metro (Nor Hanisah Kamaruzaman, 20 Mac 2017)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalin kerjasama dengan peneraju khidmat perancangan kewangan dan pewarisan harta Islam, Kausar Wealth Management Sdn Bhd (Kausar) bagi membangunkan modul pengurusan pewarisan Islam secara berstruktur bagi melahirkan tenaga profesional dalam industri pewarisan Islam di negara ini.

Inisiatif yang pertama seumpamanya di Malaysia itu adalah untuk melahirkan perunding profesional dalam bidang pewarisan Islam.

Naib Canselor UKM Profesor Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, Kausar turut bekerjasama dengan Fakulti Undang-Undang untuk membangunkan modul pengurusan pewarisan Islam yang pertama di negara ini secara berstruktur dan profesional.

“Kausar juga bersetuju menyalurkan kutipan dana sedekah dan hibah kepada pelajar UKM yang memerlukan serta pembangunan kemudahan dan infrastruktur di fakulti berkenaan,” katanya.

Pada majlis berkenaan, UKM diwakili Datuk Seri Dr Noor Azlan manakala Kausar diwakili Pengarah Urusannya Khamarul Azhar Hashim.

Khamarul berkata, pihaknya berharap pembangunan, penyediaan dan modul pensijilan dalam bidang pewarisan harta Islam di Fakulti Undang-Undang UKM itu dapat membantu memartabatkan ilmu pewarisan harta Islam selain melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang berkenaan.

Majlis berkenaan turut menyaksikan MoU antara UKM dan Mirandah Asia (Malaysia) Sdn Bhd yang menawarkan empat tajaan kepada pelajar tahun tiga Fakulti Undang-Undang untuk menjalani latihan industri di syarikat berkenaan.

Turut hadir ialah Dekan Fakulti Undang-Undang UKM Profesor Dr Zinatul Ashikin Zainol, Pengarah Kausar Suzana Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Mirandah Asia Patrick Mirandah.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button][pb_builder]

0 Comments