Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015, 2016, 2017, 2018, 2019

WASIAT TERBATAL JIKA WARIS TIDAK SETUJU

7 May 2016 | Blog

Rakaman video ini dipetik daripada program “Barakah” anjuran TV1 bersama-sama dengan tetamu jemputan iaitu Dr. Noor Lizza Mohamad Said.  Beliau adalah seorang Pensyarah Kanan Pengurusan Harta Orang Islam (UKM) dan bersama artis jemputan Dato Jalaluddin Hassan ayng berkongsi idea tentang topik WASIAT.

 

Tiada Wasiat Untuk Ahli Waris

 

Wasiat peninggalan harta adalah untuk diinfaqkan di jalan Allah S.W.T. Oleh yang demikian, wasiat harta bukanlah ditujukan keapda ahli-ahli waris kerana mereka sudah ada bahagiannya sebagaimana yang ditentukan oleh Allah S.W.T menerusi ayat Faraid.  Perkara ini diceritakan dalam hadith seperti berikut (Sulayman bin Al-Ash’al, (t.t), Kitab Al-Wasaya, Bab Ma Ja’a Fi Al-Wasiyyah Li Al-Warith. No hadith 2870):

“Dariapda Shurahbil bin Muslim katanya: Aku mendengar Abu Umamah berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesungguhnya Allah telah memberikan setiap orang yang memiliki hak akan haknya.  Oleh itu, tiada wasiat untuk ahli waris”  Dan sabda Nabi S.A.W (Muhammad bin Yazid, (t.t), Kita Al-Wasya, Bab La Wasiyyah Li Warih no hadith 2717): Maksudnya: Sesungguhnya Allah S.W.T membahagikan untuk setiap ahli waris bahagiannya masing-masing dalam sistem pewarisan  Oleh itu, tidak harus bagi ahli waris mengambil bahagian dari harta wasiat.

 

Berdasarkan hadis yang dikemukakan di atas, wasiat hanya ditujukan bukan kepada ahli waris kerana mereka sudah ada bahagian yang diberikan oleh Allah S.W.T keapda mereka.  Namun begitu, ahli waris boleh juga menerima harta wasiat tetapi dengan syarat sebagaimana yang dibincangkan oleh para fuqaha dalam kitab-kitab fiqah.  Dari sudut lain menunjukkan bahawa Islam memebezakan antara harta wasiat dan harta pewarisan pusaka dari sudut teopri dan praktikalnya.

 

#hibahbukantolakfaraid

#pusakapuaka

 

RANCANG KERANA SAYANG

 

03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan[pb_builder]