Alhamdulillah, syukur atas pengiktirafan yang telah diberikan kepada Kausar Wealth Management Sdn Bhd sebagai syarikat yang LUAR BIASA dalam bidang keusahawanan Pewarisan Harta Islam pada Malam Aspirasi PUMAS 2022.
Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP), mewakili YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi anjuran School of Life, Dato Lawrence Low.
Anugerah dari industri ini kami dedikasikan khas buat para perunding pewarisan dan leader Kausar yang komited memberikan khidmat mereka kepada masyarakat.
Tidak dilupakan kepada para pelanggan dan rakan strategik yang memberikan kepercayaan kepada Kausar. Buat prinsipal kami, Wasiyyah Shoppe Bhd, terima kasih kerana telah menyediakan solusi pewarisan yang terbaik buat ummat Islam. Akhir sekali, buat rakan jaringan keusahawan yang menyokong usaha Kausar selama ini, jutaan terima kasih kami ucapkan.
Semoga anugerah ini memberikan rangsangan motivasi dan inspirasi buat Kausar untuk menjadi versi lebih baik pada tahun-tahun mendatang.
AMIN.
0 Comments