Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

SEKALI LAGI BAGI TAHUN KE – 8

5 Oct 2022 | News

“Orang Melayu tidak akan kekal mulia dengan adat, kesultanan dan budaya semata-mata. “Tapi kita akan kekal mulia kerana akidah jika berpegang teguh dengan Islam. Di situlah terletak kemuliaan orang-orang Melayu yang sebenar. “Wahai saudaraku Allah adalah kekuatan kita, untuk mencari kekuatan carilah Allah!” ini adalah petikan dari ayat keramat dari filem mat kilau menusuk ke jiwa kerana mengingatkan tentang matlamat perjuangan.

Kami adalah Pejuang dalam industri pewarisan harta, Berjuang mendapatkan keredhaan Allah, memberi solusi pewarisan yang tepat kepada pelanggan dan membina ekonomi diri keluarga dan masyarakat. Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana memberikan Kausar sekali lagi untuk tahun yang ke-8 menerima Anugerah Khalifah, anugerah yang tertinggi ini.

Terima Kasih Wasiyyah Shoppe Bhd kerana memberikan platform terbaik didalam industri pewarisan. Terima kasih kepada kausarian kerana Istiqomah dalam perjuangan anda dan Teguh Berjaya bersama Kausar. Terima kepada semua Ahli keluarga kerana perjuangan anda memberi sokongan kepada kami semua. Terima Kasih kepada semua pelanggan, rakan strategik yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada para guru, kerana perjuangan anda menyuluh perjalanan kami dengan ilmu. Doakan kami agar terus Istiqomah dalam perjuangan ini.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *