
فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ
Jagalah diri kalian dari neraka meskipun hanya dengan sedekah setengah biji kurma. Barangsiapa yang tak mendapatkannya, maka ucapkanlah perkataan yang baik.
(HR. Bukhari)
Apa itu Kausar Kasih?
Kausar Kasih adalah sebuah program yang digerakkan oleh Biro Kebajikan dan Komuniti Kausar Group untuk menjaga kebajikan dan menyantuni golongan yang memerlukan bantuan khususnya perunding Kausar.
Seperti tahun-tahun sebelum, Kausar Group telah menjalankan tanggungjawab sosial dengan mengadakan program-program berupa memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. Tahun ini merupakan tahun keenam cadangan program seumpama ini dijalankan.
Sukarelawan yang menyertai program Kausar Kasih adalah terdiri daripada perunding Kausar Group sendiri. Contoh program yang telah dijalankan merangkumi bantuan bencana alam seperti banjir, program khas sempena Ramadhan seperti pengagihan bubur lambuk kepada golongan asnaf, penyerahan bantuan kepada rumah orang tua dan pelbagai lagi.
* Sumbangan akan dikumpulkan melalui akaun-in-charge:
AWWAB HAFEEZ RESOURCES
KAUSAR KASIH 2022
Projek Kasih Tanpa Sempadan
Sempena Ramadhan tahun 2022, Kausar Group bercadang untuk membantu memberi sumbangan berfokus kepada Empat Wilayah iaitu wilayah selatan, tengah, utara dan pantai timur bersesuaian tema Kasih Tanpa Sempadan.
Objektif
Program ini adalah sebahagian daripada tindak balas sosial dan kemanusiaan Kausar Group yang diselaraskan oleh KM 10- Mentor Ukhwah & Komuniti. Antara objektif program ini adalah:
Sasaran Dana
RM30,000.00
Bagaimana Untuk Menyumbang?
Sila klik butang di bawah untuk salurkan sumbangan anda.
* Sumbangan akan dikumpulkan melalui akaun-in-charge:
AWWAB HAFEEZ RESOURCES

Deskripsi Projek Berdasarkan Wilayah
Wilayah | Program Sumbangan | Sasaran Penerima | Jumlah Penerima | Tarikh Pelaksanaan |
---|---|---|---|---|
Selatan | Pengagihan Makanan Berbuka & Sahur kepada Gelandangan- Kolaborasi bersama Greater Purpose Team & PBSM | Gelandangan di sekitar Jalan Trus, Johor Bahru | 100 | Setiap Isnin Ramadhan bermula 4hb April 2022 Grand Event: 23hb April 20221 |
Tengah | Program 1 : Bakul Ramadhan berupa barang keperluan harian (makanan kering) di Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI), Kg. Seri Alam, Klang | Ibu tunggal (asnaf) di Kawasan Klang | 55 | 24hb April 2022 |
Program 2 : Bakul Raya kepada Ahli Rumah Perlindungan dan Bantuan Tunai untuk Pengurusan Rumah di Rumah Perlindungan Solehah Ampang (di bawah naungan PPIM) | Ahli semasa | 30 | ||
Utara | Pengagihan Sumbangan Anak Yatim & Fakir di Pertubuhan Baitul Aini, Ipoh, Maahad Daarus Salam, Tambun & Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam, Ipoh – Kolaborasi bersama Amirul Mart | Anak yatim pekerja | 90 19 | 20-28hb April 2022 |
Pantai Timur | Majlis Berbuka Puasa bersama Pelajar di PERKIM di Institut Dakwah Islamiah Perkim Pengkalan Chepa, Kelantan | Pelajar Pekerja | 120 | 22hb April 2022 |
Galeri Kausar Kasih 2017-2021
* Sumbangan akan dikumpulkan melalui akaun-in-charge:
AWWAB HAFEEZ RESOURCES