PELUANG KERJAYA
Bina Kerjaya Anda Bersama Kami
Lebih dari 1400 orang Perunding Pewarisan Harta Islam telah dibimbing oleh Kausar sejak 2015 sehingga kini.
Sebagai seorang yang hidup bermasyarakat, mesti kita selalu dengar kisah kisah sedih seperti berikut.
Harta pusaka tidak dapat diwarisi dan menjadi beku
Ahli keluarga bergaduh sesama sendiri disebabkan perebutan harta pusaka.
Hasrat pembahagian tidak dapat dilaksana kerana pilihan instrumen pewarisan yang tidak tepat.
Tahukah anda?
9/10 daripada RM70 Billion harta beku di Malaysia, adalah Harta Pusaka Umat Islam?
Sebahagian besar daripada harta yang beku itu adalah dalam bentuk hartanah dan wang.
Anda boleh bantu menjana ekonomi Ummah dengan membantu menguruskan harta pusaka.
Bagaimana Nak Bersama Membantu Ummah Merancang Harta & Menguruskan Pusaka?
Kita dilahirkan oleh ibu bapa, kemudian berkahwin dan melahirkan zuriat. Apa yang kita usahakan dalam dunia ni sememangnya untuk memberi kebahagian dan kemudahan kepada keluarga kita. Tapi mungkin ramai di luar sana yang kurang peka tentang perancangan harta dan pengurusan harta pusaka. Anda mampu membuat perubahan.
Mahu mendidik ummah untuk berilmu dan merancang pewarisan.
Anda prihatin dengan pembangunan ummah. Untuk membangun ummah haruslah bermula dari rumah. Walaupun ada hukum faraid dalam Islam, namun statistik harta pusaka yang beku semakin meningkat saban tahun.
Mahu membangunkan ekonomi ummah kerana harta yang diwarisi dapat menjana pendapatan dan melangsaikan hutang.
- Pewarisan mampu menjana kekayaan kepada waris. Harta pusaka boleh menjadi modal pusingan perniagaan, modal mula untuk memiliki hartanah, mendapat pendidikan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih selesa.
- Peningkatan ekonomi keluarga meningkatkan jumlah kutipan zakat sekaligus memberi manafaat kepada para asnaf.
Mahu membela waris simati dengan percuma
Antara yang paling terkesan jika berlaku kehilangan ialah isteri dan anak-anak. Lagi-lagi apabila mereka tiada tempat bergantung. Banyak kes berlaku yang mana nasib isteri dan anak-anak tidak terbela. Perancangan pewarisan yang baik mampu membela nasib mereka.
Menyelamatkan keluarga dari perebutan harta pusaka.
Kekeliruan tentang hukum faraid, pusaka, wasiat dan hibah kerap menjadi punca pergaduhan antara ahli keluarga yang merebut harta. Dengan perancangan harta dan pengurusan pusaka yang teratur akan mengelakkan perang saudara dari berlaku.
Membangun Ekonomi Ummah Bersama Kausar Wealth Management Sdn Bhd
Kausar Wealth Management Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengurusan harta yang ditubuhkan pada 2014 dengan misi untuk memberi ketenangan jiwa kepada rakan niaga dan pelanggan melalui perancangan pewarisan harta Islam.
Alhamdulillah, dengan izin Allah kami dinobatkan sebagai Agensi Korporat Terbaik Wasiyyah Shoppe Berhad selama 9 tahun berturut-turut!
Pemenang Anugerah Khalifah WSB Tahun 2015-2023
Rakan Pelaksana Gerakan Kesedaran Hibah Perak
Nilai Harta Terkumpul Yang Telah Diurus & Diselamatkan
Seramai 7000 orang pelanggan seluruh Malaysia
Melatih hampir 1400 perunding berdaftar di seluruh negara
Pemenang Anugerah Khalifah WSB Tahun 2015-2023
Rakan Pelaksana Gerakan Kesedaran Hibah Perak
Nilai Harta Terkumpul Yang Telah Diurus & Diselamatkan
Seramai 7000 orang pelanggan seluruh Malaysia
Melatih hampir 1400 perunding berdaftar di seluruh negara
Kausar Wealth Management Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan professional dalam pewarisan harta Islam melalui sistem F.A.S.T
ANALISIS FARAID
Kami bantu mengenalpasti bakal waris faraid dan hak pembahagian agar anda dapat merancang pewarisan secara tepat dan mudah melalui wasiat dan hibah.
ANALISIS ASET
Kami bantu anda merancang secara tepat dengan mengambil faktor jenis aset, status pemilikan asset dan undang-undang spesifik berkaitan aset yang dimiliki.
SOLUSI
Kami bantu anda melaksanakan hasrat pembahagian harta dan pusaka menggunakan solusi yang tepat mematuhi peruntukan syarak dan perundangan.
AMBIL TINDAKAN
Kami bantu anda untuk merancang dengan mudah agar anda boleh bertindak untuk keluarga tersayang.
Mengapa Wasiyyah Shoppe Berhad Mempunyai Solusi Perancangan Harta Dan Pengurusan Pusaka Yang Terbaik?
- Perkhidmatan paling komprehensif di Malaysia. Lebih 38 jenis perkhidmatan ditawarkan untuk penuhi keperluan pelanggan.
- Perkhidmatan percuma untuk waris. Tiada fi ditolak dari harta pusaka.
- Perkhidmatan peribadi percuma untuk waris. Wakil syarikat datang kerumah untuk mudahkan waris.
- Perkhidmatan patuh syariah yang diluluskan oleh panel syariah melalui proses penyaringan yang ketat.
- Perkhidmatan terbukti berkesan. Lebih 300 pengesahan hibah diperolehi dari mahkamah syariah.
Apa Kata Mereka Dai’e Pewarisan
Testimoni Perunding Pewarisan Kausar Wealth Management Sdn Bhd
Industri Pengurusan Pewarisan Harta Islam Sangat Memerlukan Anda!
Kepuasan Kerja
Anda sedang melakukan salah satu fardu kifayah dengan mendidik masyarakat dengan ilmu faraid dan menyelesaikan urusan pusaka. Ramai nasib waris akan terbela dengan perkhidmatan yang anda berikan.
Pasaran Luarbiasa
Terdapat lebih 8 juta orang Islam dalam Malaysia yang layak merancang, tetapi dengan hanya kurang dari 5000 perunding pewarisan seluruh Malaysia pasti tidak mampu menyampaikan kepentingan merancang pewarisan kepada orang Islam.
Ganjaran Pendapatan
Peluang membina perniagaan yang memberikan 3 peringkat peningkatan pendapatan sebagai perunding pewarisan harta Islam yang professional. Pelbagai insentif yang menarik dan pengiktirafan disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Kebebasan masa dan fleksibiliti.
Kebebasan masa dan fleksibiliti
Anda mempunyai kebebasan untuk membina perniagaan anda sepantas inginan dan dedikasi anda. Bukan sahaja anda boleh merancang pendapatan anda malah masa yang diperuntukan kepada perniagaan ini.
Latihan berkualiti tinggi
Kami akan memberikan anda latihan yang berkualiti tinggi untuk memastikan anda sentiasa bersedia dan berilmu untuk membantu pelanggan anda merancang secara tepat dan holistik.
Sertai Kami Sekarang!
Jangan berlengah lagi. Inilah kerjaya yang anda tercari-cari selama ini. Bersama kita memacu kejayaan duniawi dan ukhrawi, membangunkan ekonomi ummah dalam bidang pewarisan harta Islam.
Sila isi borang permohonan di bawah
Pihak kami akan meneliti permohonan anda dan menghubungi anda semula secepat mungkin.