Hibah Hartanah — Mewariskan Pemilikan Hartanah Tanpa Konflik Perebutan
Atau dapatkan Pengiraan Faraid PERCUMA
Melindungi harta pusaka keluarga anda
Menjaga kebajikan waris yang anda kasihi
Menyelamatkan keluarga anda dari perebutan harta
Antara punca utama hilangnya pemilikan hartanah bumiputra adalah kerana isu pewarisan.
Bungalow, teres, kondominium, apartment, tanah dan ladang kebun — Kesemua jenis hartanah ini adalah aset yang ingin dimiliki oleh semua orang kerana sifatnya yang berkembang dari sudut nilai pada masa hadapan. Namun, seringkali hartanah dijual oleh waris-waris dengan tujuan mendapatkan bahagian faraid masing-masing.
Persoalannya, dengan kenaikan nilai hartanah dan syarat pembiayaan kewangan yang semakin ketat, mampukah waris-waris ini dan generasi mereka yang akan datang memiliki hartanah sendiri nanti?
Jumlah peningkatan pemilikan hartanah bumiputra hanyalah 1% setiap tahun!
Ramai yang menganggap dengan adanya faraid, harta peninggalan pasti akan diuruskan dengan sebaiknya oleh waris. Tetapi, sudah banyak kes ahli keluarga bergaduh berebut hartanah pusaka sampai ada yang terputus hubungan.
Waris yang benar-benar memerlukan akhirnya terpaksa hidup merempat kerana hilangnya pemilikan hartanah tersebut. Generasi keturunan yang akan datang juga rugi secara keseluruhannya kerana tidak lagi memiliki aset hartanah yang semakin berkembang nilainya ini.
Lindungi aset hartanah anda dari tergadai begitu sahaja. Rancang pewarisan hartanah anda sekarang melalui hibah hartanah.
Anda mampu mengekalkan pemilikan hartanah kepada waris yang anda kasihi dan keturunan anda yang akan datang.
Kausar Wealth menawarkan solusi hibah hartanah yang komprehensif untuk kesemua waris anda, agar kebajikan mereka terjamin dan mengelakkan berlakunya pergaduhan yang tidak diingini sesama keluarga.
Bagaimana Kausar Wealth dapat membantu anda dalam urusan hibah hartanah?
Pemiilik boleh memberi rumah dan hartanah kepada waris-waris mengikut formula tertentu, ie. sama rata anak lelaki dan perempuan.
Hartanah boleh diberi secara berasingan, ie. rumah 1 kepada anak, rumah 2 kepada isteri, rumah 3 kepada ibu bapa.
Penyediaan dokumen yang lengkap secara fizikal dan offline untuk memastikan segala rukun dan syarat hibah dipenuhi.
Panduan langkah-demi-langkah untuk memudahkan urusan waris
Konsultasi komprehensif agar anda rasa yakin dan tenang
Atau dapatkan Pengiraan Faraid PERCUMA
Kausar Wealth telah dinobatkan sebagai Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe selama 10 tahun berturut-turut
Pemenang Anugerah Khalifah & Piala CEO WSB Tahun 2015-2024
Rakan Pelaksana Gerakan Kesedaran Hibah Perak
Nilai Harta Terkumpul Yang Telah Diurus & Diselamatkan
Seramai 7,000 orang pelanggan seluruh Malaysia
Melatih hampir 1,800 perunding berdaftar di seluruh negara
Pemenang Anugerah Khalifah & Piala CEO WSB Tahun 2015-2024
Rakan Pelaksana Gerakan Kesedaran Hibah Perak
Nilai Harta Terkumpul Yang Telah Diurus & Diselamatkan
Seramai 7,000 orang pelanggan seluruh Malaysia
Melatih hampir 1,800 perunding berdaftar di seluruh negara
Testimoni Klien
The best decision I have made…
The best decision I have made. Terima kasih tuan Khamarul Azhar Hashim atas penjelasan terperinci. Sangat sangat membuka minda.
Sebak sebenarnya ketika melafazkan akad untuk hibah, persediaan untuk yang PASTI. Semoga dengan perancangan hibah ini akan dapat memudahkan segalanya buat keluarga bila tiba masanya kelak.
Penerangan yang terperinci dan senang nak faham…
Hibah and Perwarisan for muslims is one subject matter that is so complicated because it involves many regulators and laws for business, land, properties and other assets. What makes it more complicated for me is that I am married to a Chinese convert and only have daughters. No son. Faraid becomes more complicated. Thanks to Khamarul for explaining all these in a simple way and educating me on all the risks involved. Its much clearer now and I have engaged him to do all my hibah and perwarisan to benefit my family even after when I am no longer in this world. He is the best! I guess that is why his agency is the top Hibah & Perwarisan agency 5 years in a row.
Walaupun sedikit, harta boleh dilegasi…
Ahyat bersyukur kepada Allah dapat mengenali Tuan Kham dan seluruh team beliau di Kausar Wealth Management kerana dapat bekalkan diri dengan ilmu pengagihan harta yang super power! Kita orang Islam ni kurang pengetahuan dan kurang kesedaran tentang pemilikan hartanah dan mengumpul harta berbanding bangsa lain. Harta yang sedikit kita dapat kumpul itu pun kita kurang pandai nak uruskan semasa hidup untuk ditinggalkan sebagai legasi kepada anak cucu kita. Ahyat kagum dengan ilmu pewarisan yang disampaikan dengan cara yang paling mudah untuk difahami oleh Tuan Kham dan team. Sekali lagi, Ahyat ucapkan terima kasih sekalung budi kepada Tuan Kham dan Kausar Wealth Management kerana memperjuangkan ilmu pengurusan dan perancangan harta Islam yang bagi Ahyat adalah isu kritikal dalam masyarakat Islam kita di Malaysia. Tahniah dan syabas! Teruskan perjuangan ini!
Sedar dan faham kepentingan hibah…
Team Kausar Wealth Management mempunyai pengalaman untuk menerangkan hibah wasiat pengurusan dan perancangan harta islam. Saya sangat kagum dengan perincian ilmu yang mereka ada sehingga mampu menyedarkan dan memahamkan saya
Very personalize…
Kausar Wealth Management adalah sebuah organisasi yang sangat cemerlang dalam bidang hibah, wasiat dan perancangan harta pusaka. Nasihat yang diberikan amat jelas dan terperinci. Setiap konsultansi terasa very personalize. Segala permasalahan diambil berat dan diambil kira. Kausar Wealth Management memang terbaik. Bincang semoga tenang, Rancang kerana sayang.
Perkhidmatan yang sangat baik…
Mereka mempunyai pemahaman yang sangat baik tentang pengurusan hibah untuk keluarga islam dan mereka telah melakukan perkhidmatan yang sangat baik kepada keluarga saya.
Kini saya lebih senang dan tenang…
Terima kasih kepada Kausar Wealth Management. Alhamdulillah segala permasalahan saya sebelum ini sudah terjawab dengan betapa pentingnya melaksanakan hibah. Bagi menterjemahkan kasih sayang kepada keluarga kita, saya lebih senang dan tenang apabila sudah selesai membuat hibah ini. Jadi apabila saya sudah tiada esok, anak anak tidak akan bergaduh dan tiada campur tangan daripada orang lain berdasarkan apa yang telah kita hibahkan. Saya menggalakkan anda semua datang ke Kausar Wealth Management ini untuk sesi taklimat atau mencari ilmu kefahaman dan juga saya cadangkan supaya berhibah sebelum anda pergi dan juga beringat sebelum kita terkena.
Anda Rancang Kerana Anda Sayang!
Apakah nasib pasangan dan anak-anak setelah kematian anda? Tidakkah anda risau mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka anda nanti? Adakah anda sanggup melihat ahli keluarga anda bergaduh bertengkar kerana kecuaian anda pada hari ini? Bertindaklah segera sebelum terlambat.
Atau dapatkan Pengiraan Faraid PERCUMA