Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Peluang Kerjaya – Membangun Ekonomi Ummah Sebagai Perunding Pewarisan Harta Islam

Tahukah anda, 9/10 daripada RM70 Billion harta beku di Malaysia, adalah harta pusaka umat Islam?

Akibatnya, harta pusaka tidak dapat diwarisi oleh waris yang dikasihi. Malah, sudah banyak kes ahli keluarga bergaduh kerana berebut harta pusaka sampai ada yang terputus hubungan.

Keadaan ini cukup membimbangkan! Bayangkan jika mangsa keadaan itu adalah ahli keluarga anda sendiri, sanggupkah anda lihat mereka hidup merempat dan terpaksa menanggung hutang? Tidakkah sedih melihat ahli keluarga dan saudara anda sendiri bertengkar lidah dan bergaduh berebutkan harta?

Masih ramai di luar sana yang kurang peka tentang perancangan pewarisan dan pengurusan harta pusaka.

Kebanyakan masyarakat kita hanya ingat pada harta pusaka setelah berlakunya kematian. Mereka bergantung sepenuhnya kepada sistem faraid tanpa memahami konsep dan kaedahnya yang sebenar.

Apabila tiba masa untuk uruskan faraid, waris masing-masing keliru dan tidak tahu dari mana nak mula dan apa yang patut dilakukan. Akhirnya berlaku pertikaian dan kecelaruan, lalu berlanjutan cukup lama sehingga banyak harta pusaka yang tidak berjaya dituntut.

Anda mampu mengubahnya. Mari bersama membantu ummah merancang pewarisan dan menguruskan harta pusaka.

Lebih dari 1400 orang Perunding Pewarisan Harta Islam telah dibimbing oleh Kausar Wealth sejak 2015 sehingga kini. Satu misi, satu matlamat — iaitu memastikan pemilik harta boleh mewariskan harta yang dimiliki kepada kepada generasi yang seterusnya.

Bersama-sama kita bangunkan ekonomi ummah dan membela nasib umat Islam secara keseluruhannya.

Antara kelebihan yang bakal anda perolehi sebagai Perunding Pewarisan Harta Islam di bawah bimbingan Kausar Wealth

Kepuasan Kerja

Anda sedang melakukan salah satu fardu kifayah dengan mendidik masyarakat dengan ilmu faraid dan menyelesaikan urusan pusaka. Ramai nasib waris akan terbela dengan perkhidmatan yang anda berikan.

Pasaran Luar Biasa

Terdapat lebih 8 juta orang Islam dalam Malaysia yang layak merancang, tetapi dengan hanya kurang dari 5000 perunding pewarisan seluruh Malaysia pasti tidak mampu menyampaikan kepentingan merancang pewarisan kepada orang Islam.

Ganjaran Pendapatan

Peluang membina perniagaan yang memberikan 3 peringkat peningkatan pendapatan sebagai perunding pewarisan harta Islam yang professional. Pelbagai insentif yang menarik dan pengiktirafan disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Bhd.

Kebebasan Masa & Fleksibiliti

Anda mempunyai kebebasan untuk membina perniagaan anda sepantas inginan dan dedikasi anda. Bukan sahaja anda boleh merancang pendapatan anda malah masa yang diperuntukan kepada perniagaan ini.

Latihan Berkualiti Tinggi

Kami akan memberikan anda latihan yang berkualiti tinggi untuk memastikan anda sentiasa bersedia dan berilmu untuk membantu pelanggan anda merancang secara tepat dan holistik.

Apa Kata Mereka Dai’e Pewarisan

Testimoni Perunding Pewarisan Kausar Wealth Management

Industri Pengurusan Pewarisan Harta Islam Sangat Memerlukan Anda!

Jangan berlengah lagi. Inilah kerjaya yang anda tercari-cari selama ini. Bersama kita memacu kejayaan duniawi dan ukhrawi, membangunkan ekonomi ummah dalam bidang pewarisan harta Islam.