Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Kausar Wealth Tawar Peluang Pekerjaan

22 Oct 2018 | Akhbar - Kausar, Popular

 

Sinar Online (Mohamad Hafizi Mohd Said, 4 Ogos 2015)

KAUSAR Wealth Management Sdn Bhd (Kausar Wealth), menawarkan peluang pekerjaan kepada orang ramai untuk menjadi perunding profesional syarikat tersebut.

Pengarahnya, Khamarul Azhar Hashim berkata, Kausar Wealth mengalu-alukan mereka yang terdiri daripada profesional berlatar belakang kewangan Islam, akauntan, perunding unit amanah, perunding takaful, perunding hartanah, graduan-graduan dan sesiapa yang berminat menceburi bidang perancangan kewangan ini sebagai usahawan.

“Bagi memenuhi pasaran penyelesaian pengagihan kewangan Hibah At-Tijarah (pewarisan saham syarikat) dan Al-Mutahabbah (Amanah Keluarga), kami menyasarkan 1,000 perunding profesional mawarith dalam tempoh tiga tahun.

“Selain itu, kami juga menyasarkan 100,000 pelanggan baharu dalam tempoh tiga tahun selari dengan 1,000 perunding profesional mawarith dalam tempoh sama untuk mewujudkan kesedaran kalangan umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kausar Wealth, di Shah Alam, semalam.

Khamarul Azhar turut yakin sasaran 100,000 pelanggan baharunya boleh dicapai dengan penyertaan 1,000 perunding profesional mawarith baharu yang akan diambil dalam tempoh berkenaan.

“Kami memang memerlukan lebih ramai perunding menyertai kami kerana terdapat kekurangan perunding mawarith berbanding dengan permintaan yang tinggi untuk Hibah,” katanya.

Menurut Khamarul Azhar, berdasarkan kajian Wasiyyah Shoppe, 90 peratus daripada harta si mati yang kini berjumlah RM66.6 bilion mengikut perangkaan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM 2013), adalah harta milik orang Islam.

“Ini menunjukkan masyarakat Islam di Malaysia hari ini, sangat terkesan dengan masalah pengurusan harta dan pusaka disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan mengenainya.

“Disebabkan situasi tersebut, Kausar Wealth memberikan perkhidmatan perancangan kewangan Islam bermula dengan penyelesaian Hibah dan diikuti penyelesaian kewangan lain,” katanya.

Khamarul Azhar juga berkata, kadar penembusan pasaran Hibah dalam negara buat masa ini adalah sebanyak 60 peratus di mana dari kajian Wasiyyah Shoppe, 21,000 pelanggan daripada 36,000 menyatakan mereka memilih perkhidmatan Hibah.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button][pb_builder]

0 Comments