Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Formula FAST Mudahkan Pembahagian Harta

8 Jan 2017 | Blog

Urusan pembahagian harta lebih mudah jika pemilik harta kenal pasti waris terlibat, aset dibawah namanya, urusan pentadbiran dan kaedah pembahagiannya.

Kesedaran rakyat untuk membuat permohonan pembahagian harta pusaka masih berada pada tahap yang rendah.  Ini kerana menerusi Bahagian Pemabahgian Pusaka (BPP) dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar merekodkan kira-kira RM60 bilion jumlah harta yang masih tidak dituntut oleh waris si mati sejak tahun 1950-an.  Situasi itu dikatakan berlaku kerana sikap tidak prihatin masyarakat untuk mengambil urusan pusaka sehingga menyebabkan permohonan pembahagian harta dilengah-lengahkan.  Kisah percakaran dan pergaduhan sesama ahli keluarga sudah lali dalam kalngan masyarakat.  Ikuti wawancara wartana KOSMO! Ahad, Ahmad Mustakim Zulkifli bersama Pengarah Urusan Kausar Wealth Management Sdn. Bhd. Tuan Khamarul Azhar in Hashim bagi mengupas isu harta pusaka.

Boleh tuan Khamarul definisikan harta pusaka mengikut konteks perundangan negara?

Khamarul: Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, harta merupakan apa yang dimiliki sama ada harta alih, harta tak alih atau harta dalam tuntutan yang mempunyai nilai daripada hukum syarak. Harta bertukar status menjadi harta pusaka selepas berlakunya kematian pemilik harta berkenaan.  Selepas menjadi harta pusaka, pemilikannya berubah daripada pemilik asal kepada waris.  Disini, persoalannya siapakah waris yang dimaksudkan.  Daripada sudut agama, waris sudah ditetapkan seperti yang ditulis dalam al-Quran.  Abgi orang bukan Islam waris ditetapkan mengikut Akta Pembahagian 1959.

Kita melihat nilai harta pusaka yang tidak dituntut di negarai ini bernilai lebih RM60 bilion.  Pada pandangan pihak tuan, apakah punca-punca yang menyebabkan perkara sedemikian terjadi?

Melihat pada statisitik, jumlah harta yang tidak dituntut semakin naik dari tahun ke tahun dengan kadar yang drastik.  Harta tersebut merupakan harta yang dibekukan dan tidak boleh dimanfaatkan kerana masih lagi kekal atas nama si mati.  Sistem perundangan mengikut pentadbiran sivil kita menentukan harta yang berdaftar seperti rumah, tanah dan kereta akan dibekukan selepas kematian pemilik untuk melindungi hak waris.  Oleh itu, pihak yang terlibat harus melalui proses pentadbiran untuk mencairkan harta berkenaan.  Mengikut pengalaman saya dan berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, ada sempat faktor utama yang menyebabkan perkara itu terjadi iaitu sikap, tidak faham konsep pembahagian harta, operasi pentadbiran dan gagal menyediakan peruntukan dan masa.  Selain itu, budaya orang melayu yang suka melengah-lengah proses pembahagian harta walhal agama Islam menyuruh kita menyegerakan urusan harta selepas kematian seseorang.  Ramai orang rasa bersalah untuk memulakan perbincangan mengenai harta kerana harta takut dilabel oleh kaum keluarga yang lain.  Ada juga yang beranggapan bahawa anak-anak mereka pandai membahagikan harta selepas kematian merkea lalu mereka mengabaikan perkara berkenaan.

Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan pembahagian harta selepas kematian pemilik?

Ada tiga tahap yang perlu diperhatikan iaitu proses perolehan, pentadbiran dan pembahagian.  Ramai oarng Islam hanya membincangkan mengenai pembahagian harta, namun tidak tahu mengenai dua prosedur awal itu.  Apabila harta dibekukan, waris hendaklah mencairkan harta tersebut melalui agensi-agensi berkuasa untuk proses perolehan kuasa.  Hal ini kurang difahami oleh orang Islam kerana proses perolehan kuasa.  Hal ini kurang difahami oleh orang Islam kerana proses itu terletak dibawah bidang kuasa sivil.  Bagi harta pusaka besar iaitu harta yang bernilai lebih daripada RM2 juta, pihak berkuasa yang terlibat ialah Mahkamah Tinggi, manakala harta pusaka kecil iaitu harta bernilai kurang RM2 juta (syarat ada harta tak alih), rujukan harus dibuat kepada Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.  Harta pusaka ringkas iaitu harta alih yang bernilai kurang dari RM600,000 perlu dibawa ke Amanah Raya Bhd. Pentadbiran pula merujuk kepada urusan untuk memindahkan harta kepada waris.  Waris perlu kenal pasti apakah halangan dan kekangan yang perlu diselesaikan.  Sebagai contoh, hutang kepada bank perlulah diselesaikan terlebih dulu sebelum penukaran nama dibuat dalam geran rumah.  Selain itu ada juga jumlah yang perlu ditolak seperti kos pengembumian, pembayaran hutang-hutang dan wasiat yang dibuat semasa hidup.  Baki daripada kos yang ditolak tadi barulah dibahagikan untuk waris.

Siapakah yang berkuasa untuk melaksanakan proses-proses berkenaan?

Kebiasaannya, orang yang dilantik menjadi wasi (pentadbir) oelh pemilik harta semasa hidup seperti suami, isteri dan anak.  Mudah bagi pihak seperti Tabung Haji dan Amanah Saham Bhd. untuk mengeluarkan wang jika pentadbir mempunyai dokumen-dokumen yang berkaitan.  Orang yang dilantik dilantik perlulah faham mengenai tugasan dan prosedur yang terlibat.  Pilihan lain ialah melantik pihak ketiga iaitu syarikat amanah untuk membantu pentadbir membuat urusan perolehan harta, pembayaran hutang dan pembahagian.

Pada pandangan tuan, apakah langkah-langkah yang boleh dibuat oleh untuk memudahkan urusan pembahagian harta.

Langkah-langkahnya boleh disimpulkan dalam F.A.S.T yang merujuk kepada Faham, Aset, Solusi dan Tindakan.  Faham beerti si pemilik hendaklah faham dan kenal pasti siapakah waris-waris yang layak mendapat hartanya mengikut perundangan agar si pemilik tidak salah faham siapa yang dimaksudkan dengan waris.  Contohnya, seorang isteri dijadikan penama untuk wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.  Selepas kematian si suami, si isteri mengambil kesemua wang itu dan tidak memberi wang kepada waris yang layak kerana dia beranggapan bahawa penama ialah pemilik harta selepas kematian suaminya, walhal penama hanyalah wasi yang bertanggungjawab mengurus dan membahagikan harta.  Aset pula merujuk kepada kemas kini penyenaraian aset yang dimiliki.  Ada orang yang saya jumpa tidak pernah menyenaraikan harta mereka dan ini akan melambatkan lagi proses pembahagian kerana waris tidak menyedari kewujudan aset-aset tersebut.  Selepas aset disenaraikan, kenal pasti sama ada aset tersebut mempunyai tunggakan yang perlu dibayar atau keperluan tertentu yang diletakkan atas aset tersebut.  Tindakan merujuk kepada kaedah pembahagian yang tersedia untuk pemilik harta sama ada melalui kaedah faraid, wakaf, hibah dan wasiat sepertiga untuk yang bukan waris.  Atas nama tanggungjawab dan kasih sayang kepada waris-waris si pemilik, maka wajarlah pemilik harta merancang pembahagian dengan teliti mengikut langkah.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp…
Hakcipta terpelihara

0 Comments