Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Wasiyyah perkenal At-Tijarah untuk usahawan

14 Apr 2015 | Akhbar - Kausar

KUALA LUMPUR 13 April – Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. Melancarkan produk baharu, At-Tijarah untuk membantu usahawan muslim mewariskan saham dan perniagaan mereka kepada waris mengikut kaedah syarak.
Pengasasnya, Ariffin Sabirin berkata, ramai usahawan muslim di Malaysia tidak menyedari bahawa apabila mereka meninggal dunia, saham syarikat yang dimiliki merupakan harta pusaka.
Katanya, ini bermakna semua waris berhak ke atas sasham itu mengikut hukum faraid.
Ujar beliau, masalah yang biasa berlaku kepada pewarisan saham perniagaan ialah bukan semua waris yang berhak mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menguruskan perniagaan diwarisi.
“Usahawan mungkin ada melatih seorang atau dua orang waris sebagai penyambung legasi perniagaan tetapi apabila dia meninggal dunia, waris lain mengikut hukum faraid yang mewarisi saham juga berhak menetukan masa depan syarikat.
“Selepas kematian usahawan, pelbagai masalah mula timbul apabila wujud perbalahan di antara waris tentang siap ayang lebih berhak ke atas syarikat da penentuan peneraju syarikat,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.
Tambah beliau, perbalahan berterusan boleh menimbulkan pelbagai masalah lain dan jika tiada penyelesaian dicapai antara waris-waris terbabit, ia boleh membawa kepada penutupan operasi syarikat.
Ariffin berkata, pengalaman Wasiyyah Shoppe gagal pakar dalam perancangan dan pengurusan dan pengurusan harta pusaka Islam menunjukkan ramai usahawan Muslim mahu perniagaan beroperasi dengan lancar selepas kematian mereka dan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.
“At-tijarah yang diperkenalkan bertujuan membantu usahawan muslim mewariskan perniagaan mereka kepada sesiapa yang mereka kehendaki.” Katanya.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button][pb_builder]

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *