Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Wasiyyah Shoppe bantu urus harta pusaka 44,000 orang

8 May 2015 | Akhbar - Kausar

KUALA LUMPUR 8 Mei – Wasiyyah Shoppe Berhad telah membantu 44,000 orang umat Islam di Malaysia dalam urusan perancangan dan pengurusan harta pusaka mengikut Hukum Syarak sehingga 31 Disember 2015.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Sabirin (gambar) berkata, pencapaian tersebut menepati sasaran yang ditetapkan Syarikat pada awal tahun 2015.
Menurutnya, majoriti dari pelanggan ini adalah pelanggan yang menyediakan Dokumen Hibah untuk aset mereka iaitu 60 peratus dari jumlah keseluruhan pelanggan baru 2015.
“Sementara itu, baki 40 peratus ialah pelanggan yang melanggan produk-produk Wasiyyah Shoppe Berhad yang lain,’’ kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, Wasiyyah Shoppe dapat memberi kesedaran yang le¬bih baik dalam kalangan umat Islam mengenai Hibah dan keberkesanannya di dalam pembahagian harta kepada waris serta peranan aktif yang dimainkan oleh hampir 1,000 orang perunding terlatihnya di seluruh Malaysia,
“Sebelum ini, umat Islam beranggapan bahawa wasiat adalah satu-satunya dokumen yang mesti disediakan jika mereka ingin membahagikan harta namun dengan kempen penerangan agresif yang kami lakukan semenjak 12 tahun lepas, umat Islam mulai faham dengan jelas perbezaan di antara wasiat dan hibah,” ujarnya.
Azrin berkata, Wasiyyah Shoppe menawarkan produk hibah pa¬ling komprehensif di Malaysia dan telah membantu umat Islam untuk menyediakan dokumen hibah bagi urusan hibah harta seperti harta¬nah, wang tunai dan saham syarikat.
Setakat Disember 2015, Wasiyyah Shoppe telah menyediakan hampir 25,000 dokumen hibah untuk pelanggannya dan merupakan penyedia dokumen hibah terbanyak di Malaysia.
Menurutnya, syarikat itu menjangkakan kedudukannya sebagai peneraju di dalam industri perancangan dan pengurusan harta pusaka di Malaysia akan terus diperkukuhkan bagi tahun mendatang dengan pengenalan lebih banyak produk inovatif.
Paling terbaharu ujar beliau, Wasiyyah Shoppe juga telah me¬lebarkan perkhidmatan ke luar negara iaitu Australia dan pihaknya turut meninjau beberapa negara lain untuk tujuan serupa.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button][pb_builder]

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *